nak ikut.....

Saturday, July 7, 2012

Fakta nombor Sukan Olimpik London.


Fakta ini aku ambil dari akhbar Metro….Kalau akhbar tu tipu fakta ini…aku pun telah tipu korang la heheh

     a) 9.3 BILION (RM45.9 bilion) dibelanjakan untuk menganjurkan sukan itu. Ia hampir empat kali ganda kos jangkaan untuk menganjurkan sukan itu ketika London membuat bidaan pada 2005. Bajet asal untuk keselamatan dan bagi upacara pembukaan dan penutup digandakan. Kos keselamatan dijangka sejumlah 553 juta (RM2.7 bilion) manakala bajet untuk majlis keraian adalah 81 juta (RM399.7 juta).
     
    b) 1 JUTA PERALATAN SUKAN DIGUNAKAN: Sebanyak 26,400 bola tenis, 600 bola keranjang dan 6,000 sasaran memanah dibeli untuk Olimpik. 

    c) 12,875 KILOMETER LALUAN UNTUK LARIAN OBOR. Obor Olimpik itu dibawa mengelilingi Britain dalam tempoh sepuluh minggu dengan purata larian sejauh 284 kilometer sehari.

     d) 14 JUTA HIDANGAN akan disediakan pada Sukan Olimpik London, menggunakan 25,000 buku roti, 100 tan daging, 75,000 liter susu dan 330 tan buah-buahan dan sayur-sayuran. 
      
     e) 46,000 PEKERJA PEMBINAAN membina Olympic Park dan Perkampungan Olimpik, dan Sukan Olimpik itu sendiri memerlukan tenaga kerja berjumlah 200,000 orang termasuk 100,000 kontraktor dan 70,000 sukarelawan. 
      
      f) 11 JUTA TIKET dijual untuk acara Olimpik dan Paralimpik di mana 75 peratus daripadanya dijual kepada penonton di Britain. Penaja, pegawai dan penyiar boleh membeli 13 peratus tiket manakala baki 12 peratus dijual menerusi Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan di negara lain. 

      g) 10,490 ATLET akan bertanding dalam 26 sukan Olimpik dengan jumlah 302 acara yang menawarkan pingat. Mereka tertakluk kepada 50,000 ujian anti doping. Seramai 4,200 atlet Paralimpik akan mengambil bahagian dalam 503 acara yang menawarkan pingat menerusi 20 jenis sukan. 

    h) 70 BIRI-BIRI, 12 KUDA, TIGA LEMBU, DUA KAMBING, 10 AYAM DAN TIGA ANJING GEMBALA akan mengambil bahagian dalam upacara pembukaan dan Stadium Olimpik akan bertukar menjadi perkampungan tradisional Britain. 

    i) DUA JUTA PELAWAT AKAN MENGUNJUNGI LONDON untuk temasya sukan itu menurut Menteri Olimpik,Hugh Robertson. Penonton akan membuat 20 juta perjalanan menggunakan pengangkutan awam London, termasuk tiga juta pada hari sibuk. 

     j) 34 VENUE sekitar Britain termasuk sembilan di dalam Olympic Park di timur London. Stadium Olimpik di tengah-tengah taman itu mengambil masa tiga tahun untuk dibina, menggunakan 10,000 tan keluli. Venue itu juga menyediakan 10,000 tandas sementara ‘yang cukup untuk memenuhi keperluan seluruh negara Malta.


Tuesday, June 26, 2012

Pilihan raya semakin dekat!!!


Aku sedang lepak dengan makcik aku tadi… Tiba-tiba, makcik aku bersuara…

“Mesti pilihanraya semakin dekat kan??”, tanya makcik aku

“A’ah….tapi kenapa tiba-tiba makteh tanya??”, tanya aku yang kelihatan pelik dengan soalan makcik aku tu…

“Yelah, sekarang ni banyak iklan kat TV berdialek Kelantan…”

“Memey la”, aku pun turut serta sekali hahah

p/s(i): Aku akan pastikan kali ini aku mengundi…..pertama kali nak mengundi ni…berdebarnya haha

p/s(ii): Sudah lama aku teringin hendak menjejak kaki di Kelantan…budak aku sudah banyak kali ajak…

Monday, June 25, 2012

Nak minyak lintah?


Tok!! Tok!! Tok!!!

Pintu rumah aku di ketuk.. Ketika itu aku sedang seronok menonton television… Aku cepat-cepat tutup  television dan duduk diam-diam di dalam rumah… Malas aku hendak membuka pintu rumah, mesti bukan kawan aku yang datang….ni mesti tukang jual…..

Tetapi pintu rumah aku masih lagi di ketuk..

Tok!!! Tok!!! Tok!!!!

Aku diam seribu bahasa….. hanya kedengaran bunyi detik jarum jam di rumah aku…. Aku cuba intai dari celah-celah pintu..SAH!!! memang ada seorang penjual berdiri di hadapan rumah aku..ada beg besar lagi..

“Ish apa dia jual tu??”, bisik hatiku…

Tok!!Tok!!!Tok!!!. Pintu rumah aku masih lagi di ketuk… Ini yang aku tabik spring dengan penjual…. mereka sangat sabar dan tidak kuat mengalah hehehe…

“Ish ni mesti dia dengar suara TV tadi, tu yang tahu ada orang ni”, keluh hatiku sambil membuka pintu

“Assalamualaikum bang….saya datang untuk menjual kerepek”, terang penjual tu

“Waalakumussalam…saya sudah kenyang…saya tak nak”, itu je alasan yang ada dalam fikiran aku masa tu hahahha

“Eh saya tak suruh abang makan sekarang, abang boleh beli dan makan nanti-nanti”, balasnya…Aku seperti terkena dengan kata-katanya HAHAHA

“eh takpelah, saya pun duduk seorang je”, balas aku…

“Oh yeke??? Kalau macam tu, mesti abang nak beli ini”, katanya sambil membuat isyarat supaya aku menghampirinya

Aku pun mendekatkan telinga aku ke arahnya.

“Abang nak minyak lintah tak??”, katanya seolah-olah seperti berbisik.

“Ish saya nak wat apa??”, kata aku dengan kuat kerana terkejut..

“Nak wat apa lagi….sapu kat situ lah”, terangnya lagak seperti Doktor Sakit Tuan.

“Ish saya tahu lah sapu kat situ….tapi lepas sapu saya nak watpe??? Saya bujang lagi!!!”

“Oh yeke bang??”, katanya tersipu-sipu malu dan minta diri untuk beredar..


p/s: Okay aku kena mula bersenam dengan lebih gigih lagi…rupa aku dah macam ayah anak seorang rupanya hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...