Fakta ini aku ambil dari akhbar Metro….Kalau akhbar tu tipu
fakta ini…aku pun telah tipu korang la heheh
a) 9.3 BILION (RM45.9 bilion) dibelanjakan untuk menganjurkan sukan
itu. Ia hampir empat kali ganda kos jangkaan untuk menganjurkan sukan itu
ketika London membuat bidaan pada 2005. Bajet asal untuk
keselamatan dan bagi upacara pembukaan dan penutup digandakan. Kos keselamatan dijangka
sejumlah 553 juta (RM2.7 bilion) manakala bajet untuk majlis keraian adalah 81
juta (RM399.7 juta).
b) 1 JUTA PERALATAN SUKAN DIGUNAKAN: Sebanyak 26,400 bola tenis, 600
bola keranjang dan 6,000 sasaran memanah dibeli untuk Olimpik.
c) 12,875 KILOMETER LALUAN UNTUK LARIAN OBOR. Obor Olimpik itu dibawa
mengelilingi Britain dalam tempoh sepuluh minggu dengan purata larian sejauh
284 kilometer sehari.
d) 14 JUTA HIDANGAN akan disediakan pada Sukan Olimpik London,
menggunakan 25,000 buku roti, 100 tan daging, 75,000 liter susu dan 330 tan
buah-buahan dan sayur-sayuran.
e) 46,000 PEKERJA PEMBINAAN membina Olympic Park dan Perkampungan
Olimpik, dan Sukan Olimpik itu sendiri memerlukan tenaga kerja berjumlah 200,000
orang termasuk 100,000 kontraktor dan 70,000 sukarelawan.
f) 11 JUTA TIKET dijual untuk acara Olimpik dan Paralimpik di mana 75
peratus daripadanya dijual kepada penonton di Britain. Penaja, pegawai dan
penyiar boleh membeli 13 peratus tiket manakala baki 12 peratus dijual menerusi
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan di negara lain.
g) 10,490 ATLET akan bertanding dalam 26 sukan Olimpik dengan jumlah
302 acara yang menawarkan pingat. Mereka tertakluk kepada 50,000 ujian anti
doping. Seramai 4,200 atlet Paralimpik akan mengambil bahagian dalam 503 acara
yang menawarkan pingat menerusi 20 jenis sukan.
h) 70 BIRI-BIRI, 12 KUDA, TIGA LEMBU, DUA KAMBING, 10 AYAM DAN TIGA
ANJING GEMBALA akan mengambil bahagian dalam upacara pembukaan dan Stadium Olimpik
akan bertukar menjadi perkampungan tradisional Britain.
i) DUA JUTA PELAWAT AKAN MENGUNJUNGI LONDON untuk temasya sukan itu
menurut Menteri Olimpik,Hugh Robertson. Penonton akan membuat 20 juta
perjalanan menggunakan pengangkutan awam London, termasuk tiga juta pada hari
sibuk.
j) 34 VENUE sekitar Britain termasuk sembilan di dalam Olympic Park
di timur London. Stadium Olimpik di tengah-tengah taman itu mengambil masa tiga
tahun untuk dibina, menggunakan 10,000 tan keluli. Venue itu juga menyediakan
10,000 tandas sementara ‘yang cukup untuk memenuhi keperluan seluruh negara
Malta.
No comments:
Post a Comment