Hari ini 2 ramadhan….. Rasanya tidak terlambat lagi untuk
aku mengucapkan selamat berpuasa kepada yang berpuasa…..banyak juga mesej
ucapan selamat berpuasa yang aku terima… Maaf jika ada yang tak terbalas…
Pagi-pagi ini, bila aku membaca surat khabar….aku terbaca
mengenai ibu bapa yang lanjut usia atau warga emas yang di tinggalkan di rumah
kebajikan…. Rasanya ini bukan kali pertama berita seumpama ini terpapar dan aku
yakin ini bukan juga yang terakhir akan di paparkan di akhbar….pasti banyak
berita seumpama itu akan keluar lagi…lebih-lebih lagi hendak raya nanti….
Persoalannya sekarang, mengapa sekarang ini ramai anak mengabaikan ibu bapa
mereka yang lanjut usia??
Pelbagai pendapat dan alasan dikemukakan antaranya ialah
a) Kehidupan ibu bapa lebih terurus jika di rumah
kebajikan kerana anak-anak sibuk bekerja. Memang betul lebih terurus, tetapi
adakah itu alasan atau permit untuk si anak melepaskan tanggung jawab??
b) Institusi kekeluargaan dari awal lagi sudah
rapuh. Si ibu bapa tidak pernah mengambil berat hal anak-anak. Jadi apabila
sudah besar, si anak pula tidak ambil peduli hal ibu bapanya. Ikatan kasih
sayang dalam keluarga tidak kuat.
c) Ibu bapa sudah tidak menyumbang apa-apa lagi…
Kalau dulu ibu bapa sebagai tempat untuk mendapatkan duit, tetapi selepas tidak
bekerja…ibu bapa dianggap beban kepada anak-anak.
d) Tidak ada saudara mara lain untuk jaga…. Atau tidak
mahu menyusahkan anak-anak…
Apa-apa pun alasan yang diberi, ingatlah…itulah ayah kita…itulah ibu kita….tanpa mereka, kita tiada di dunia ini….berbaktilah kepada mereka, selagi mereka masih bernafas di dunia ini…. Jangan menyesal di kemudian hari….cubalah anda bertanya kepada anak-anak yatim, apakah perkara yang paling dirindui mereka…. Pasti mereka akan berkata, ibu bapa mereka…
p/s: Sudah 5 tahun aku tidak tukar baju raya...tahun ini, aku ingat nak beli baju melayu warna merah pula =)
No comments:
Post a Comment