Alkisahnya, tengah hari tadi aku pergi ke Koperasi di tempat
kerja aku ini… Niat di hati ingin menukar duit, sebab sebelum ini aku telah
berbincang dengan penjaga koperasi itu, dia hendak tukar duit syiling yang
banyak aku ada ini dengan duit kertas…. Biasalah orang berniaga koperasi, mesti
perlu banyak duit syiling.
Ketika aku sampai di koperasi, penjaga koperasi yang aku
cari tiada disitu…dan aku perhatikan ada dua orang budak sedang berlari-lari
keluar dan masuk koperasi tersebut…aku tidak menghiraukan budak-budak itu.
Sebaik sahaja,aku ingin melangkah kaki keluar dari Koperasi….budak-budak
yang berlari itu tadi sedang berlari dari luar koperasi ke arah dalam koperasi….Kiranya
aku bertembung dengan budak-budak itu di pintu koperasi. Salah seorang budak
itu terkejut…. Dan aku jelas dengar budak itu melatah
“Eh besarnya”
Aku perhatikan, budak itu pandang aku dari atas sehingga
bawah… dan aku pula pandang budak itu, nampak kecik je…. Taktahu sama ada aku
perlu marah budak itu atau tidak….Sedap-sedap je kata aku besar hahahha…Disebabkan
budak itu comel, aku cubit pipi dia je hahahah
p/s: Budak kecik memang tidak pandai menipu kan???
4 comments:
tumpang tanya..kj ni cikgu ke?
Boleh dikira cikgu juga lah hehehh
haha cikgu Besar ek?? hahaha senda pagi Ramadhan ye KJ
wah lamanya tak dengar cerita dari En lasykar Langit dan Bumi ni hahaha
Post a Comment