Pada suatu hari…
Aku dan kawan aku pergilah ke satu kedai makan ni….mestilah
matlamat utama kami untuk makan… Sampai sahaja di kedai makan itu, kawan aku
pun pergi ke tandas… Dia tu memang selalu macam tu… mesti kosongkan tangki dulu
sebelum makan… Aku pun duduklah di salah satu meja yang kosong.. Datanglah
seorang pelayan ke meja aku… Dia hendak ambil pesanan
“Selamat datang bang, hendak makan apa??”
“Bagi saya mee rojak, macam best je tengok gambar ni”, kata
aku sambil tengok menu
“Minum??”
“Macam biasa…”, balas aku
“Macam biasa??”, tanya pelayan itu kembali
“oh milo ais”, aku lupa pula….ni pertama kali aku datang
kedai ni….kalau kedai yang biasa aku pergi mesti tahu aku hantu milo hahaha….lain
kali baca la blog ni, baru tahu aku hantu milo hahah
Aku terpaksa pesan makanan awal…sudah sangat lapar…kalau
tunggu kawan aku habis melabur, boleh kebulur aku….lagipun mungkin lambat orang
kedai ni siapkan makanan aku tu…
Aku memerhati sekeliling kedai itu….aku tertarik dengan
papan slogan yang tergantung dalam kedai itu…
“Kalau sedap bagi tahu kawan, kalau tidak sedap bagi tahu
kami”. Aku hanya tersenyum keseorangan.
Selang beberapa minit,
“Ni mee rojak dan milo ais abang”
“Eh cepatnya siap”
“Abang nak lambat ke??”
“Eh tak lah”, aku terus makan mee rojak aku tu…Tetapi
rasanya seperti kurang sedap lah… Dan pada waktu itu, kawan aku sudah selesai
melabur dan duduk dihadapan aku
“Eh macam sedap je mee rojak kau”, kata kawan aku
Aku hanya tersengih je.. Kawan aku pun memanggil pelayan dan
memesan mee rojak juga dan kopi…
Sampai je mee rojaknya, dia terus makan
“Eh apsal mee rojak ni tak sedap??”
“Memang pun”, balas aku
“Kenapa kau tidak bagi tahu aku tadi??”
“Tuuuu”, aku muncungkan mulut sambil menunjuk ke arah papan
slogan yang tergantung di dalam kedai tu, “Kalau sedap bagi tahu kawan, kalau
tidak sedap bagi tahu kami”
“Hampeh!!!”
7 comments:
Hmm.. memang nampak macam sedap.. hahaha
Salam.
Ni tetiba teringin nak makan mee rojak jugak ni. Ada van jual mee rojak dekat dengan hospital..hmm..
p/s: baguskan slogan kedai tu. kalau tak sedap tak payah beritahu kat kawan. haha
aku wong jawa dadi ora mudeng, maksude opo jane :)
haha
klu tak sedap leh tukar menu lain .. tapi free kot.. hahaha
yup mgkin dpt free air suam je kot. .huhu
perenggan terakhir sangat win..haha
Post a Comment