Semalam sedang aku berjalan-jalan…aku ternampak satu kaunter
ni di satu sudut….yang tidak ramai orang… tertulis di atas mejanya…kaunter
bayar zakat…. Aku pun pergi ke arahnya…
Berdebar rasanya… walaupun tahun ini merupakan tahun ketiga
aku membayar zakat sendiri…selepas bekerja dan ada pendapatan sendiri…. Aku pun
duduk di kerusi di hadapan ustaz tu…. Ustaz tu pun bertanya pasal maklumat diri
aku seperti yang aku biasa lihat ketika orang hendak berkahwin hahaha… Kemudian
aku berjabat tangan dengan ustaz itu dan melafazkan akad….ini lah saat yang
paling gemuruh hahaha…tapi sekali lafaz je tau hahah…. Dan kemudiannya, ustaz
itu membaca doa….selesai!!! Senangkan kahwin?? Eh eh silap….Senangkan membayar
zakat??? Tak sampai 5 minit sudah selesai semua… Kini anda boleh membawa balik isteri
resit anda hahah… Kenapa perlu tunggu last minute baru hendak membayar zakat??
Nanti terlupa atau tidak sempat kan sudah rugi…..
“Kalau lagu raya boleh di pasang awal, kenapa zakat tidak
boleh bayar awal??” hahah
p/s: Aku bayar zakat di Melaka sebab rumah aku di melaka….jadi
bayarannya Rm 6.50…bukan aku saja tak nak bayar kat johor Okay!!!