nak ikut.....

Saturday, March 2, 2013

Panggilan 123


Aku baru saja terima satu panggilan…. dari nombor 123….hanya 3 nombor itu sahaja… Pelik!!

Tetapi aku tidak angkat la….Kemudian, aku terima sekali lagi panggilan dari nombor yang sama… Aku tidak angkat juga….

Bukan nak lari dari pemanggil… Tetapi aku menjadi takut untuk mengangkat panggilan dari nombor yang aku tidak kenali… selepas tersebar di internet, yang nombor bermula dari 370 dan sebagainya yang akan godam handphone…

Kebetulan pula, baru-baru ini telefon aku rosak….habis semua nombor hilang….Jadi memang aku tidak angkat la kalau aku tengok nombor yang masuk itu macam pelik sikit…. Jadi aku sarankan, mesej aku terlebih dahulu sebelum call ye heehe

Dan aku biasa sangat dapat panggilan dari pelbagai agensi…seperti hotel, bank dan sebagainya.. Dan baru-baru ni, aku terima panggilan daripada syarikat yang menawarkan kad kredit

“assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”

“Tahniah encik, encik telah Berjaya disenarai pendek untuk menerima kad kredit dari kami secara percuma”

“Eh yeke??”, aku buat-buat terperanjat dan buat-buat gembira

“Betul encik…. Daripada ramai orang, encik yang sangat bertuah…tetapi sebelum itu, boleh saya tahu encik kerja apa dan kat mana??”

“Boleh…tapi sebelum itu, boleh saya tahu tak nama saya terpilih macam mana ye?? Sebab saya dari kecil jarang bertuah…jarang nak menang cabutan bertuah”, aku melawak agar perbualan itu tidak menjadi terlalu serius…

“Oh…kami ada beberapa senarai nama, dan kami perhatikan nama encik bersih dari sebarang blacklist”

“Oh kiranya, encik nak tawarkan kad kredit ni…supaya saya di blacklist ke???”

Dia terdiam… Mungkin terasa dengan kata-kata aku heheh

Secara jujurnya, aku memang tidak suka menerima panggilan daripada bank, hotel, atau mana-mana syarikat yang menawarkan sesuatu dan memerlukan keputusan pada waktu itu juga… Bagaimana kita mampu membuat keputusan hanya berbual dalam masa 5-10 minit tanpa bersua muka?? Aku lebih suka pergi ke kaunter dan mendengar penjelasan secara bersemuka… Kawan aku pula, dia selalu akan layan je…tetapi sampai hujung perbualan dia akan kata

“Maaf encik, saya tidak berminat”

Hahaha…Mesti kawan aku tu selalu kena maki dengan pemanggil…


Tuesday, February 19, 2013

Erti Persahabatan….


Wujud lagi ke rakan sejati zaman sekarang ini??

Anda ada rakan sejati??

Yang sama-sama gembira apabila kita senang, dan sama-sama sedih apabila kita susah….

Atau pun anda hanya ada sahabat yang gembira apabila anda senang…dan hilang apabila anda susah….

Aku ada beberapa orang rakan sejati…tetapi tidak ramai la….aku sangat menyayangi mereka…. Dan aku ingat zaman ini sudah tiada lagi….tetapi hari ini aku dapat tahu, yang rakan sejati masih wujud lagi…

Alkisahnya,

Hari ini aku membuat sesi temuramah beberapa orang pelajar yang telah disenarai pendek untuk menerima hasil jualan barangan kitar semula dan terpakai yang telah aku lakukan sebelum ini….aku ingin mencari pelajar yang betul-betul susah dan memerlukan wang…. Sepanjang hari ini aku mendengar kisah kehidupan pelajar…Aku rasa sangat bersyukur dengan rezeki pemberianMu ini Ya ALLAH….

Setelah selesai aku membuat sesi temuramah, aku mendapat satu panggilan daripada pelajar aku….

“Assalamualaikum Encik”

“Waalaikumussalam, Ye kenapa hubungi saya??”

“Encik boleh masukkan tak nama Minah (bukan nama sebenar) di dalam senarai penerima hasil jualan barangan kitar semula itu??”

“Kenapa ye??”

“Dia memang susah encik, hanya kami kawan-kawan rapatnya sahaja tahu”

“Oh yeke, mungkin saya terlepas pandang…nanti saya buat sesi temuramah dengan dia”

“Terima kasih banyak-banyak encik”, dengan nada gembira

Selepas meletak telefon, aku rasa bersyukur kerana masih ada lagi orang yang mengambil berat akan diri rakannya. Kita sering mendengar, apabila seorang rakan itu mendapat sesuatu lebih berbanding kita… Kita akan berkata,

“Kenapa dia dapat, tapi aku tidak dapat??”

Aku pun kadang-kadang berkata begitu….Tetapi tidak berlaku kepada kawan minah ni….sebaliknya dia yang menghubungi aku untuk menyuruh kawannya mendapat kelebihan….Aku bangga!!!


p/s: Kepada sesiapa yang hendak menderma barangan terpakai, barangan kitar semula dan barangan dapur…bolehlah hubungi aku di facebook atau di email khairul_khai86@yahoo.com

Sunday, February 17, 2013

Bukan kondom aku!!!


Semalam aku kena bertugas kat Kluang…Dari pagi sampai ke petang…

Jadi aku bergerak ke Kluang bersama staf-staf lain dan pelajar pada hari Jumaat…

Kami sampai pada waktu petang, dan kami menginap di sebuah hotel….tak tahulah berapa bintang hotel ni, tp rasanya bukan 3 bintang ke atas….takpelah, janji dapat tidur…

Aku bukannya nak cerita pasal kerja aku di Kluang, kerana semuanya berjalan lancar….tetapi kisah di hotel itu…. Aku mendapat sebuah bilik di tingkat 3…iaitu bilik nombor 301… Aku berkongsi bilik dengan ketua jabatan aku… Dan aku rasa, kalau seminggu aku kena menginap di situ, mesti kurus lah aku…. Asyik naik turun melalui tangga je…

Selepas sampai di hotel dan mendapat nombor bilik, aku dan ketua jabatan naik ke bilik untuk berehat sebentar, kerana pada waktunya malam ada sesi taklimat mengenai kerja yang aku perlu lakukan pada keesokkan harinya…

Sampai sahaja di bilik, aku membuka lampu….tetapi lampu utama tidak dapat dibuka, kerana mentolnya sudah pecah…. Aku tidak kisah sangat, sebab aku hanya duduk dihotel itu untuk tidur sahaja….aku pun membuka sahajalah lampu tidur yang ada bagi menerangi bilik itu….tak kan nak bergelap berdua dengan ketua jabatan pula….nanti orang fikir lain pula hohoho…

Selepas aku meletakkan beg, aku pun turun ke bawah untuk berjalan-jalan…Yelah, ni pertama kali aku jejak kaki di Kluang ni….bukan senang aku hendak sampai di sini..aku pun mengambil kesempatan dalam masa sejam untuk meronda sekitar hotel…

Selepas sudah penat, aku pun kembali ke hotel… Setiba sampai di bilik hotel, aku lihat ada TV di dalam bilik, tetapi tiada remote controlnya….aku pun keluar bilik, dan kebetulan aku nampak seorang gadis di bilik sebelah…

“Dik, boleh pinjam remote control tak??”

“Tak payah pakai remote control bang, just tekan-tekan je TV tu”

Aku pun kembali ke bilik aku, dan tekan-tekan TV itu…tetapi TV tu tak nak on juga….

“Ish mesti TV ni kena pakai remote juga”, fikir aku

Aku pun mencari remote control di semua tempat dan sudut di dalam bilik itu….dalam almari, bawah tilam, bawah katil…dalam bilik air…dan kesemuanya tiada…. Tetapi ada satu tempat je lagi yang aku belum cari….iaitu dalam tong sampah di bawah meja….

Aku pun menghampiri tong sampah itu….aku mengangkatnya dan selak di dalam tong sampah tu…. Aku terjumpa sesuatu….tetapi bukan remote control…ia adalah kondom yang telah digunakan… Siap ada air mani lagi di dalam tu…. Terus aku terfikir, mungkin ada orang telah guna hotel ni masa hari Valentine yang lepas kot hohoho

Dan semasa hendak check out dari hotel itu….semasa pulang kunci bilik…. Ketua jabatan aku berkata

“Eh kau tak buang ke kondom tu?? Nanti orang lain fikir kita pulak buat projek”

“Eh…itu bukan kondom aku”



p/s: Kepada sesiapa yang hendak menderma barangan kitar semula dan barangan terpakai seperti pakaian,permainan, perabot dan sebagainya…bolehlah menghubungi aku di email khairul_khai86@yahoo.com..... kondom terpakai aku tidak terima ye, tapi kalau nak derma rumah kondominium tu aku terima hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...