nak ikut.....

Sunday, June 16, 2013

Aku dan karipap….

Siapa suka karipap?? Aku memang hantu karipap…  Biasanya kita dengar ada karipap jenis daging, karipap ayam, karipap kentang dan karipap sardine..

Dulu masa aku belajar di UTM Skudai, pasti ada orang yang akan menjual karipap ayam dari hostel ke hostel…walaupun harganya agak mahal…iaitu 50 sen seketul tetapi sangat berbaloi kerana sedap dan isinya padat….besar lagi tu….biasanya aku akan beli dua ketul, pasti akan kenyang sampai malam…

Kalau anda warga UTM, dan tidak merasa karipap ayam itu….anda sangatlah rugi… dan kini karipap telah melalui pelbagai inovasi….dan terbaru ada pelajar tempat aku membuat karipap cheese…. Aku ni pun hantu cheese juga….jadi aku telah merasa karipap cheese itu…semua makanan aku hantu...mcm mana tidak membesar dengan sihat heheh

Dan aku hendak memberi peringatan, entri ini bukanlah hendak memuji pelajar sendiri atau orang kata “masuk bakul angkat sendiri”…..tetapi aku hendak korang merasa nikmat makanan…. Bukankah hidup untuk makan?? Hahah

Serius pada pertama kali aku makan karipap cheese tu, aku rasa sudah jatuh cinta dengan tukang masaknya…eh eh mana boleh jatuh cinta dengan student hehehe…. Tapi orang kata, nak pikat lelaki adalah melalui perutnya…Betul tak?? Jadi bagi sesiapa yang hendak membeli atau merasa karipap cheese ni, bolehlah datang atau hubungi nombor yang tertera di dalam poster di bawah ni…. Aku jamin tak kan menyesal…. Korang Cuma akan menyesal jika tidak menikmatinya hehehe


Kalau nak rasa karipap cheese free…mai datang jumpa aku kat Kolej komuniti Ledang…. Aku belanja seketul je hehe…. Jom like page “KaripapCheese” tu….


# Jika anda mempunyai barang untuk didermakan, atau ingin membeli sambil menderma…bolehlah hantar kepada aku…dan like page “Skuad Ledang” 

# Aku nak bagi kawan aku yang cerewet pasal makanan rasa karipap cheese ni lah... :)

Saturday, June 15, 2013

Abah!!!

Eh Esok hari bapa la…. Dah berminggu-minggu aku terdengar promosi mengenai hari bapa ni di radio, TV dan kat supermarket…. Kalau kat Malaysia ini, Hari bapa disambut pada hari ahad minggu ke 3 bulan Jun.. Jadi tahun ini adalah pada 16 Jun 2013…

Tapi korang kena ingat ye, Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja…. Janganlah sesekali menjadi anak derhaka…

Walau sesiapa pun kita,

Walau sehebat manapun kita,

Walau Berjaya setinggi langit pun…..

Tetapi tanpa doa dan restu dari ibubapa….

Maka tiadalah keberkatan hidup….

“Jika kamu masih mempunyai ibubapa, sayangilah mereka …”

#Dan tahun ini, buat pertama kali dalam keluarga aku tiada lagi makan-makan, kumpul satu keluarga pada hari bapa


#Aku sangat rindu abah


Monday, May 20, 2013

Melupakan seseorang dengan cara orang asli….


Baru-baru ini aku telah pergi ke Taman Negara, Pahang….


Jadi sempatlah aku singgah di satu perkampungan orang asli disitu….

Untuk pergi ke sana perlu naik bot… kira basah habis la rombongan aku sebab kami main perang-perang bot… Ini satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan…sangat seronok…

Di perkampungan orang asli itu, banyak yang aku pelajari daripada kehidupan mereka… Mereka masih mengamalkan gaya hidup berpindah randah dan memburu…. Bukan kerajaan tidak mahu menolong mereka, tetapi mereka sendiri yang selesa dengan kehidupan mereka itu.

Walaupun hanya dalam 3 jam lebih di perkampungan orang asli itu, aku telah dapat banyak pengajaran daripada mereka antaranya ialah:-

Pertamanya, aku dapat mempelajari bagaimana untuk menghidupkan api tanpa guna mancis atau lighter…. Hanya menggunakan geseran diantara rotan dan kayu sahaja…. Mereka telah mengaplikasikan konsep sains iaitu geseran… Memang aku tabik spring la!!!! Keduanya aku telah mempelajari bagaimana untuk membuat “Peluru” sumpit…. Hanya menggunakan hasil-hasil hutan sahaja, dan akhirnya aku telah belajar teknik menyumpit….

Keduanya aku telah pelajari sesuatu daripada mereka….mereka berborak antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa mereka sendiri, tetapi bagi orang asli dewasa mereka memahami bahasa melayu… Bagaimana mereka mengetahui bahasa melayu walaupun tidak mendapat pendidikan formal?? Disitulah “kapak”, salah seorang orang asli memberitahu kami…hendak seribu daya, tak nak seribu dalih…mereka mengikut secara perlahan dan cuba berkawan dengan orang lain. Jadi, untuk mendapat sesuatu ilmu itu, kita perlu berguru dengan orang yang lebih tahu….

Ketiganya, “kapak” juga memberitahu kami bahawa mereka akan berpindah ke suatu tempat yang lain apabila berlaku sesuatu kematian. Kenapa?? Ini kerana dengan berpindah, mereka akan melupakan kenangan-kenangan lama yang ada disitu, dan mereka akan menyibukkan diri mereka dengan membina penempatan baru…Jadi tidak ada masa untuk berfikir mengenai kenalan mereka yang telah meninggal dunia itu…

Anda sebenarnya boleh mengaplikasikan cara ini, jika anda putus cinta….Bukannya aku suruh anda pindah rumah….kalau boleh lagi bagus heheh tetapi bagi melupakan bekas kekasih anda itu, anda perlu memadamkan semua memori anda bersama dia dan menyibukkan diri anda….. Kalau ada barang-barang hadiah pemberiannya semasa bercinta, pulanglah kembali…. Dan sibukkan diri anda dengan kerja… Janganlah anda menangis di tepi tingkap, atau merosakkan diri anda dengan mengambil benda-benda larangan ye…. Sebenarnya banyak anda dapat pelajari dari kehidupan sekeliling anda, jika anda dapat memandang sesuatu itu dari sudut positif….

p/s(i): Sedang menyibukkan diri dengan kerja!!!!

P/s(ii): Penat pergi taman negara pun belum hilang lagi ni…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...