Siapa suka karipap?? Aku memang hantu karipap… Biasanya kita dengar ada karipap jenis daging,
karipap ayam, karipap kentang dan karipap sardine..
Dulu masa aku belajar di UTM Skudai, pasti ada orang yang
akan menjual karipap ayam dari hostel ke hostel…walaupun harganya agak mahal…iaitu
50 sen seketul tetapi sangat berbaloi kerana sedap dan isinya padat….besar lagi
tu….biasanya aku akan beli dua ketul, pasti akan kenyang sampai malam…
Kalau anda warga UTM, dan tidak merasa karipap ayam itu….anda
sangatlah rugi… dan kini karipap telah melalui pelbagai inovasi….dan terbaru
ada pelajar tempat aku membuat karipap cheese…. Aku ni pun hantu cheese juga….jadi
aku telah merasa karipap cheese itu…semua makanan aku hantu...mcm mana tidak membesar dengan sihat heheh
Dan aku hendak memberi peringatan, entri ini bukanlah hendak
memuji pelajar sendiri atau orang kata “masuk bakul angkat sendiri”…..tetapi
aku hendak korang merasa nikmat makanan…. Bukankah hidup untuk makan?? Hahah
Serius pada pertama kali aku makan karipap cheese tu, aku
rasa sudah jatuh cinta dengan tukang masaknya…eh eh mana boleh jatuh cinta
dengan student hehehe…. Tapi orang kata, nak pikat lelaki adalah melalui
perutnya…Betul tak?? Jadi bagi sesiapa yang hendak membeli atau merasa karipap
cheese ni, bolehlah datang atau hubungi nombor yang tertera di dalam poster di
bawah ni…. Aku jamin tak kan menyesal…. Korang Cuma akan menyesal jika tidak
menikmatinya hehehe
Kalau nak rasa karipap cheese free…mai datang jumpa aku kat
Kolej komuniti Ledang…. Aku belanja seketul je hehe…. Jom like page “KaripapCheese” tu….
# Jika anda mempunyai barang untuk didermakan, atau ingin
membeli sambil menderma…bolehlah hantar kepada aku…dan like page “Skuad Ledang”
# Aku nak bagi kawan aku yang cerewet pasal makanan rasa karipap cheese ni lah... :)
No comments:
Post a Comment