nak ikut.....

Sunday, July 14, 2013

Surat cinta dari encik trafik!!!

Aku terima surat cinta!!! Siap dekat surat cinta itu letak nama penuh aku beserta dengan alamat aku di KL lagi….

Tetapi yang memberinya adalah seorang lelaki….Terima kasih banyak-banyak encik trafik!!!

Ahhh tidak!!!!Puasa kedua aku dah kena saman!!! Jadi rosak semua rancangan raya aku sebab duit perbelanjaan raya kena pindah untuk membayar saman uhhhh…. Harap raya nanti ada diskaun untuk membayar saman!!!!

Alkisahnya, Aku kena saman sebab tidak pakai tali pinggang ketika memandu untuk pergi bazaar….. walaupun dekat, kita wajib mematuhi undang-undang jalan raya tau!!!!

Jadi kepada saudara-mara aku, tahun ni raya…tiada duit raya ye hahahah



p/s(i): Hari ini sudah hari ke lima kita berpuasa….Mudah-mudahan, tahun ini aku dapat berpuasa penuh la seperti tahun-tahun lepas….


p/s(ii): Misi mencari duit raya lebih…ada idea???

Thursday, June 20, 2013

Terapi Azan….

Dalam sehari 5 kali kita akan mendengar azan…. Tetapi apa yang kita akan buat apabila dengar azan?

Diam tanda hormat azan? Bersiap-siap untuk pergi surau atau masjid? Atau buat tidak tahu sahaja??

Pernahkah anda menangis ketika mendengar azan??

Secara jujur, aku tidak pernah menangis mendengar azan sehingga lah aku menjadi pensyarah pengiring untuk membawa pelajar aku ke satu kem….

Disitu ada satu slot terapi azan, dimana semua orang diminta berdiri lurus diatas tanah…bermakna tiada kasut dikaki….dan semua barangan elektrik yang berada pada tubuh kita ditanggalkan seperti telefon bimbit, jam tangan dan sebagainya…….

Kami semua diminta berdiri lurus, pejamkan mata dan focus pada azan yang akan dimainkan….

Ketika itu terasa sunyi, fasilitator memainkan rakaman azan…. Hanya kedengaran laungan azan sahaja bergema di dalam bilik itu…. Baris demi baris azan itu dihayati….serius ketika itu, aku merasakan badan aku bergetar….terasa aku insan yang paling kecil dan lemah….dan sesungguhnya Allah Maha Besar… Dan tidak aku sangka, ada titisan air mata mengalir di pipiku…

Aku tahu aku tidak layak masuk ke syurga Nya, tetapi aku tidak mahu masuk neraka Nya…

Selepas sahaja azan berkumandang, fasilitator menyuruh kami membuka mata….. rupanya bukan aku seorang sahaja yang mengalirkan air mata…. Dan satu persoalan bermain di fikiran aku

“Kenapa sebelum ini aku tidak merasakan perasaan ini??”

Rupanya sebelum ini, aku tidak pernah betul-betul menghayati bait-bait azan itu…. Dan aku yakin, apabila ada sahaja azan berkumandang di radio atau TV, kita pasti akan menukar siaran lain….

Rupanya sungguh indah Azan itu…


Monday, June 17, 2013

Bukan salah Jerebu!!!

Sejak kelmarin, Negara kita telah dilanda jerebu terutamanya Bandaraya Melaka dan negeri-negeri berhampirannya…. Ini adalah akibat daripada pembakaran hutan di bahagian tengah Sumatera Indonesia

Disebabkan aku bekerja di Tangkak, iaitu kawasan sempadan negeri Melaka…ia turut mengalami keadaan berjerebu…. Dan rupanya jerebu ini telah menjadi alasan selamat kepada sesiapa yang datang lewat kerja atau kelas hari ini….heheh

“Aku terpaksa membawa kereta dengan perlahan, sebab keadaan yang berjerebu…. Tak nampak pandangan hadapan”, kata seorang pekerja dimana punch cardnya berwarna merah hari ini hehe…

Sedangkan memang selalu pada hari isnin, kebanyakkan pekerja akan datang lewat ke tempat kerja.. Betul tak?? Kononnya Monday blues…. Rasa malas sahaja apabila sudah bercuti pada hujung minggu…

Dan pelajar juga boleh menggunakan alasan jerebu untuk datang lewat ke kelas hari ini

“Saya sudah bangun awal tadi encik, tetapi apabila saya buka pintu rumah untuk ke kolej…saya tengok keadaan samar-samar je… tidak jelas…saya ingat saya bermimpi lagi, saya pun sambung tidur semula la encik”

Begitulah kreatifnya manusia…..ada sahaja alasan mereka hehe


cool juga kalau aku pakai topeng jerebu ni pergi kerja esok heheh

# Hari ini maxis memberi mesej secara percuma daripada 6 pagi hingga 12 malam kerana gangguan panggilannya… Sepatutnya setiap kali ada gangguan panggilan, kita dapat mesej percuma la…bukan hari ini sahaja…..hoho..Jom bermesej!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...