nak ikut.....

Monday, August 5, 2013

Akibat suka menunjuk!!!

Inilah akibatnya kalau suka sangat menunjuk-nunjuk…. Diri sendiri yang rugi….

Aku telah mengalaminya… ini lah akibat apabila membeli kuih raya main tunjuk-tunjuk je….Dan apabila sampai ke rumah, dikiranya ada 10 jenis kuih raya….siapa yang nak makan banyak-banyak ni??

Sudahlah duduk di rumah tu seorang diri, maka hari-harilah kena makan kuih raya sampai habis…. Tahun lepas, satu jenis pun aku tidak beli, tahun ni terlebih pula…..mungkin sebab dapat “bonus raya” kot hehe

Jadi kepada sesiapa yang hendak datang raya tahun ini, dipersilakan hehe….kuih raya dah menanti tetapi duit raya dah habis heheh…..

Dan disini juga aku ingin mengucapkan selamat Hari raya, Maaf zahir dan Batin andai ada entri aku selama ini yang mengguriskan hati atau ada komen yang tidak berbalas…. Jom add aku di facebook KJ KUN J

#Setakat hari ini aku sudah dapat 2 kad raya heheh

Sunday, August 4, 2013

Tips mendapatkan duit yang banyak

Disebabkan raya dah dekat…. Jadi aku ingin memberi tips bagaimana hendak mendapatkan duit yang banyak dalam satu hari…. Aku dah amalkannya dulu, dan ianya berkesan…

Tapi tips ini sesuai untuk kanak-kanak sahaja…..orang dewasa adalah sebaliknya, iaitu orang dewasa terpaksa mengeluarkan duit dengan banyak… hehe… Ingat!!! Tips ini hanya boleh diamalkan masa raya sahaja…

Berikut adalah tips-tipsnya

1.  Pastikan ketika hendak beraya, baju melayu mempunyai banyak poket, kalau boleh baju, seluar dan sampin turut mempunyai poket sekali…supaya mudah untuk menyimpan duit raya hehe… Yela kalau ada satu poket je, nanti tuan rumah nampak banyak sampul raya dalam satu poket itu, dia akan kata….

“Kanak-kanak tidak boleh pegang banyak-banyak duit raya”

2. Pastikan berpuasa penuh, biasanya kanak-kanak sekarang ini disogok dengan duit untuk berpuasa penuh, bukan dengan hikmah puasa itu sendiri….Sehari puasa dapat seringgit, jadi kalau 30 hari berpuasa penuh…automatik semasa raya sudah dapat RM 30….

3. Kalau pergi beraya, pastikan tidak pergi dengan kawan-kawan yang ramai…cukup la ada kawan seorang dua sahaja…Biasanya tuan rumah tidak akan bagi duit raya yang banyak jika kuantiti yang datang itu terlalu ramai heheh….silap-silap hari bulan, tuan rumah tidak buka pintu rumah langsung kalau nampak daripada jauh sekumpulan kanak-kanak datang heheh

4.  Jangan duduk terlalu lama untuk satu-satu rumah….cukuplah sekadar minum air dan makan satu dua jenis kuih raya…kerana masa itu emas hehe….

5. Jangan terlalu malu, kalau tuan rumah tanya apa-apa soalan…cakap dengan banyak dan yakin… Ini kerana tuan rumah akan rasa kamu sangat comel…dan kemungkinan besar, duit raya pun dapat lebih heheh

6. Jangan memilih rumah besar sahaja baru hendak pergi beraya…..setiap rumah adalah peluang heheh….walaupun beranggapan rumah kecil akan memberi duit raya yang sikit, tetapi bukankah “sikit-sikit, lama-lama akan jadi bukit” heheh

Tapi ingat ye adik-adik, duit raya tu jangan digunakan pada perkara yang tidak berfaedah seperti membeli mercun… apa kata duit itu disimpan dalam bank atau memberinya pada ayah untuk dibuat isi minyak kereta, pulang ke rumah heheh

#Mesti apabila sekolah dibuka nanti, perkara pertama yang akan ditanya pada rakannya disekolah ialah… “Berapa duit raya yang kau dapat?”heheh

#Duit raya itu tidak penting, yang penting adalah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia pada hari raya nanti… Selamat Hari Raya!!!

#Mesti apabila sekolah dibuka nanti, perkara pertama yang akan ditanya pada rakannya disekolah ialah… “Berapa duit raya yang kau dapat?” heheh

#Duit raya itu tidak penting, yang penting adalah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia pada hari raya nanti… Selamat Hari Raya!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...