Inilah akibatnya kalau suka sangat menunjuk-nunjuk…. Diri
sendiri yang rugi….
Aku telah mengalaminya… ini lah akibat apabila membeli kuih
raya main tunjuk-tunjuk je….Dan apabila sampai ke rumah, dikiranya ada 10 jenis
kuih raya….siapa yang nak makan banyak-banyak ni??
Sudahlah duduk di rumah tu seorang diri, maka hari-harilah
kena makan kuih raya sampai habis…. Tahun lepas, satu jenis pun aku tidak beli,
tahun ni terlebih pula…..mungkin sebab dapat “bonus raya” kot hehe
Jadi kepada sesiapa yang hendak datang raya tahun ini,
dipersilakan hehe….kuih raya dah menanti tetapi duit raya dah habis heheh…..
Dan disini juga aku ingin mengucapkan selamat Hari raya,
Maaf zahir dan Batin andai ada entri aku selama ini yang mengguriskan hati atau ada komen
yang tidak berbalas…. Jom add aku di facebook KJ KUN J
#Setakat hari ini aku sudah dapat 2 kad raya heheh
No comments:
Post a Comment