Sudah berapa banyak duit raya yang Berjaya di kumpul??
Aku?? Langsung tiada….kene beri duit raya adalah hehehe
Dan aku rasa, ada seorang budak, berumur dalam 3 tahun, di kampong
aku ni paling banyak dapat duit raya…. Walaupun dia tidak ikut tips yang aku
berikan dahulu, cara untuk mendapatkan duit dengan banyak…
Dia guna cara sendiri…dan aku rasa sangat berkesan….hehe
Nak tahu caranya??
Pagi tadi semasa solat sunat hari raya, ayah budak ini
ditugaskan untuk mengutip derma semasa khutbah hari raya disampaikan…Maka
ayahnya menjalankan tugas lah dengan menyalam setiap jemaah, baris demi baris
dengan menghulurkan uncang duit untuk jemaah yang ingin menderma memasukkan
duit ke dalamnya…
Dan apabila budak ini melihat ayahnya bergerak
meninggalkannya, maka dia mengikut ayahnya juga…dan yang paling comel, dia
mengikut setiap tingkah laku ayahnya dengan turut menyalam setiap jemaah yang
sedang mendengar khutbah raya….
Disebabkan keletahnya yang sangat comel, aku perhatikan ada
jemaah yang memasukkan duit ke dalam poket baju melayunya….agak ramai yang
berbuat begitu…beruntung budak itu, mesti banyak duit raya yang diperolehinya….
Tetapi adik-adik, ingatlah hari raya bukan lah pesta untuk
mengumpul duit raya….tetapi lebih besar hikmah dan nikmatnya…bersama-samalah
kita menghayatinya…
ada tuan rumah yang guna dakwat kekal ke?? hehe
# Kepada adik-adik yang belum mendapat duit raya dengan
banyak, boleh mengikut tips yang abg KJ berikan dulu hehe
No comments:
Post a Comment