Yeah…dah nak raya…
Tapi sedih sebab bulan Ramadan akan meninggalkan kita…adakah
aku sempat berjumpa dengan bulan Ramadan tahun depan? hurmmm tak tahulah..
Tahun ni raya aku tidak memohon cuti tambahan….jadi aku
hanya cuti pada hari khamis hingga ahad sahaja…dari 1 syawal hingga 4 syawal
sahaja… Yela kalau aku mohon cuti pun, aku hanya duduk rumah sahaja…. Kawan-kawan
mesti belum habis beraya di kampong masing-masing…jadi tidak dapat aku beraya
di rumah mereka…
Lagipun raya ketiga, adik-adik aku sudah mula bekerja dan
balik ke universiti… tiada siapa di rumah…. Bab raya nanti aku cerita dalam
entri lain….dalam entri ni aku hendak cerita mengenai duit raya dan kad raya….
Aku ingatkan tahun ini aku tak kan dapat kad raya macam
tahun-tahun lepas, sebab teknologi semakin canggih…sudah ada macam-macam
wassap, wechat, mesej, telefon, email, facebook, dan lain-lain lagi…. Di mana penghantaran
lebih cepat dan murah…
Tahun lepas aku ada la juga dapat kad raya….dalam 2 keping….tapi
setiap tahun kuantitinya semakin merosot mengikut tahun hehe…sebab itu aku
beranggapan tahun ini, aku tidak akan mendapat kad raya…tapi semalam aku ada
terima satu kad raya pemberian sahabat aku semasa belajar di UTM… terima kasih
Ehsan!!!!
Aku lagi suka cara lama ini, kerana Nampak keikhlasan dan usaha
pengirim itu mengingati kita hehe…yela banyak perkara yang perlu dilakukan
untuk mengucap hari raya pada kita… Pertama, kena beli kad raya…lepas itu
mengarang sebaris dua ayat, kemudian pergi pejabat pos beli stem dan hantar
kepada kita hehe…. Jadi rasa terharu aku itu lebih la hheheh… Dan yang lebih
penting, aku boleh gantung kad raya itu di rumah heheh…
Bercerita mengenai duit raya pula, rasanya aku sudah lama
tidak dapat duit raya daripada orang lain sejak aku bekerja dan mempunyai
pendapatan sendiri… malah perlu memberi duit raya lagi hehehe.. Kalau mengikut
kaum cina, sesiapa yang belum kahwin boleh mendapat ang pow lagi hehe….
Aku suka melihat keletah budak kecil yang mengumpul duit
raya, macam-macam reaksi…. ada kanak-kanak yang pernah datang beraya di kampong
aku…hanya minum air sahaja dah nak balik, tidak sampai 5 minit pun semata-mata
hendak duit raya heheh…dan ada juga, yang komen…“seringgit je makcik?”..
apabila makcik aku menghulurkan duit raya seringgit…. Kelakar je apabila aku
melihat keletah mereka…
tahun ni aku hanya ada 5 je sampul duit raya...siapa cepat, dia dapat heheh
Tapi bagi aku, semua itu pasti akan menjadi kenangan apabila
kita semakin dewasa…
#Dulu aku selalu dapat kad raya, tetapi sekarang selalu
dapat kad kahwin heheh
No comments:
Post a Comment