Anda tahu bila anda akan menemui ajal?
Anda berimpikan syurga…tetapi untuk masuk syurga, anda
perlu mati dahulu….adakah anda sanggup untuk mati sekarang?
Sudah cukupkah bekalan anda untuk menghadap Pencipta
anda?
Adakah anda tahu bagaimana pengakhiran hidup anda?
Hari ini aku terbaca akhbar kosmo online, ada dua kisah
mengenai hilang nyawa….. satu kisah mengenai hilang nyawa selepas merompak….kisah
di mana seorang penjenayah ditembak mati oleh polis kerana cuba melarikan diri
selepas merompak
Kisah kedua pula mengenai seorang pelajar yang kehilangan nyawa kerana
ingin cuba menyelamatkan rakannya daripada lemas, namun begitu kedua-duanya
mati lemas di Jeram Linang, Pasir Puteh
Kedua-duanya pasal kehilangan nyawa…..aku yakin anda
semua mungkin berasa kasihan pada kisah kedua berbanding yang pertama…..Bagi
kisah yang pertama itu, mungkin ada terlintas dalam hati kita
“Padan muka dengan dia sebab mencuri”
Siapakah kita untuk menilai seseorang itu?
Sepatutnya kita fikir pula bagaimana pula pengakhiran
hidup kita? Biarlah hidup kita di dunia ini, memberi kegembiraan kepada orang
lain, bukannya melahirkan kebencian…… Sesungguhnya, sama ada kita masuk syurga
atau neraka…itu adalah kerana rahmat Allah….