nak ikut.....

Thursday, June 12, 2014

Jemput datang…

Ahad ni, 15 jun 2014 adalah kenduri kahwin adik lelaki aku….



Aku sebagai tuan rumah, abang pengantin menjemput semua untuk hadir ke kenduri ini….mungkin ada yang aku terlepas pandang untuk menjemput…harap maaflah…sebab agak sibuk kebelakangan ini…. Datang sajalah, aku memang mengalu-alukan kehadiran anda semua…..

Dan kebiasaannya, apabila aku menjemput…mesti aku akan disoal dengan satu soalan ini…

“Adiknya sudah, abangnya bila lagi???”

Aku kebiasaannya akan tersenyum macam kerang busuk sahaja….Kalau aku tahu yang orang bertanya itu ada anak dara, aku akan jawab

“Saya tunggu anak makcik la ni”

Dan ini adalah alamat rumah aku…..



Aku memang teruja untuk menerima adik ipar ni heheh….cuba tengok gambar bawah ini….abang pengantin siap pakai baju melayu mengikut tema lagi heheh…




Dan hari ahad ini pun, aku mengikut tema juga….gigih aku beli baju melayu baru….alang-alang nak raya juga kan??heheh

Nota kaki kiri: Mulai esok, sudah sibuk mengemas rumah.....tak sempatlah mengemaskini blog ini hehhe

Nota kaki kanan: Kalau abah ada lagi, mesti abah paling gembira dan paling sibuk...rindu abah!! Alfatihah!!

Wednesday, June 11, 2014

Kami Juara!!!

Hari ini keputusan pertandingan video “We Care We Share” diketahui….

Dan Kami juara!!! Bukan mengharap pada hadiah…hadiah itu hanyalah sekadar bonus….tetapi yang penting banyak kenangan dalam proses pembikinan video itu…

Aku masih ingat lagi dari permulaan pembikinan video itu….

Cabutan dibuat dan unit aku mendapat tajuk “Ponteng Kelas”….Awal-awal lagi…kelas lain sudah menolak untuk berlakon dan hanya tinggal kelas aku…

Aku masuk ke kelas dan maklumkan kepada pelajar aku yang mereka perlu berlakon…dan seperti aku dapat jangka, mereka tak nak pada mulanya….aku berkata,

“Inilah peluang kamu semester akhir untuk menunjukkan sesuatu”

Walaupun ada pelajar di dalam kelas itu yang macam menolak, tetapi aku tetap dengan keputusan aku… Kita perlu juga hantar video, menang kalah lain cerita….itu prinsip aku….biar kita kalah bertanding daripada kita kalah sebab tidak menyertai…. Memang kesian lah pelajar semester akhir ini kerana dapat aku sebagai pensyarah kelas mereka…. Mereka pernah bernasyid, mereka pernah masuk inoreka….mereka pernah masuk menyanyi….pertandingan azan…mereka pernah berjual beli….kira semua pertandingan atau program di dalam kolej, aku akan pastikan ada penyertaan dari kelas aku.

Serius aku sangat bangga dengan mereka, walaupun mereka mengomel kerana aku memaksa….tetapi apabila sudah melaksanakannya, mereka menjadi seronok….barulah mereka akan mengetahui potensi diri mereka..

Begitulah dengan pertandingan video ini…. Pada hari pertama aku menerangkan bentuk pertandingan dan syarat-syarat…dan aku edarkan kertas kosong untuk membuat jalan cerita….tetapi aku dapat balik juga kertas kosong…..

Hari kedua selepas sesi pembelajaran, aku menahan mereka dan mengedarkan lagi sekali kertas kosong…. dan kali ini aku mendapat maklum balas dua jalan cerita mengenai ponteng kelas…  Dan hari ketiga, selepas waktu kelas….aku menahan mereka daripada balik rumah dan kami berbincang mengenai dua jalan cerita itu….sejak itu, aku mula nampak mereka teruja dan minat….aku pun mengikut rentak mereka….kami sama-sama olah jalan cerita dan terus rekod pada petang itu…. Semua mereka lakukan sendiri, aku hanya memantau dan mengajarkan apa benda yang mereka tidak tahu… semua pelajar kelas mengeluarkan idea dan menokok tambah jalan cerita…sampai ada yang perlu rekod pada waktu malam, satu kelas turun bersama-sama…..

Hinggakan waktu cuti Jumaat pun mereka sanggup turun bagi menyiapkan video itu….aku hanya turun menyokong dan memantau keadaan mereka supaya adegan-adegan bahaya tidak dilakukan…. Kami sama-sama mengeluarkan pandangan dan komen…. Keterujaan dan semangat mereka itu aku paling hargai…. Itulah mereka, pada mulanya nampak seperti tidak berminat, tetapi selepas itu…merekalah paling teruja… PPU4 terbaik!!!!



Nota kaki kanan: Hari ini juga aku dapat hadiah Juara Pertandingan Sukan Dalaman!!!

Nota kaki kiri: Harap esok lebih daik daripada hari ini J
Nota tangan kanan: Video kami ada di facebook aku

Friday, May 9, 2014

Majlis Penutup

Alhamdulillah..

Khamis….8 mei 2014… Jam 10 pagi

Semalam, berlangsungnya majlis sambutan hari pensyarah dan majlis penutup talentime 2014.. Walaupun program ini 100 peratus di uruskan oleh pelajar, tetapi aku sebagai pemantau program ini turut merasa debarannya… banyak yang bermain di fikiran aku…

“Adakah ia akan berjalan dengan lancar?”

“Adakah ia mendapat sambutan?”

Namun, aku yakin dengan kemampuan pelajar aku….dan semalam majlis berlangsung dengan jayanya walaupun mengalami sedikit masalah teknikal….seperti video tak nak keluar heheh

Jadi aku hendak imbas kejadian semalam…yang membuatkan malamnya aku tertidur awal kepenatan hehe…

Jam 9.00 pagi selepas perhimpunan staf, aku memerhatikan pelajar menyiapkan dewan untuk sambutan tersebut pada jam 10.00 pagi… hanya tempoh sejam untuk memindahkan semua dokumen ke dalam komputer di dewan, memasukkan hadiah dan alat-alat muzik…. Pengacara majlis yang diperolehi daripada pertandingan talentime (pengacaraan majlis) sudah mengambil tempat….dewan sudah dipenuhi oleh pelajar, hanya menunggu kedatangan pensyarah dan pengarah kolej….

Apabila aku melihat, dalam dewan sudah teratur dan terancang…aku pergi melihat di luar dewan, sebab disitu terdapatnya kauter hadiah untuk pensyarah…..disitu pun aku berpuas hati kerana berjalan dengan baik dan teratur….

Jam 10.30 pagi…pengarah masuk ke dalam dewan, majlis berjalan mengikut perancangan…bacaan doa, perasmian oleh pengarah….tanda tangan pada kad besar yang mengandungi tanda tangan semua pelajar dan persembahan koir….di persembahan koir, berlaku sedikit masalah teknikal di mana video tak nak keluar pada skrin…namun selepas 5 minit, ia Berjaya di atasi dan diteruskan dengan persembahan….

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan 3 calon juara talentime bakat bebas…. Persembahan mereka sangat terbaik pada hari itu, kerana mereka perlu bertanding semula untuk menentukan juara… mereka diadili oleh ketua jabatan dan pengarah sendiri…. Walaupun mereka diberitahu lewat untuk membuat persembahan itu namun mereka telah membuat sehabis baik dan mendapat tepukan gemuruh…. Dan ada calon tersebut memberitahu aku sebelum dia membuat persembahan…

“Saya rasa sangat berdebar encik….rasa sangat gugup”

“Awak cuba buat yang terbaik….pasti orang akan ingat persembahan awak”

Dan akhirnya, ketiga-tiga persembahan itu telah memeningkan ketua jabatan dan pengarah untuk di beri markah… Markah ketiga-tiganya hampir-hampir sahaja….dan berikut adalah keputusannya… Juara jatuh kepada saudara mohd syafiq…dimana dia melakukan rap sambil beatbox, tempat kedua jatuh kepada saudara zulfaqar dimana nyanyiannya tidak pernah mengecewakan….dan dia Berjaya membuat sekali lagi orang menangis dengan persembahannya….dan tempat ketiga jatuh kepada kumpulan stompers kklj dimana persembahan mereka lain daripada yang lain.

Majlis diteruskan lagi dengan cabutan bertuah, dimana ketika itu adalah masa dimana pensyarah dikenakan….ia tidak semudah nombor dicabut dan mengambil hadiah sahaja…tetapi pensyarah yang bertuah itu dikenakan denda….ada macam-macam denda dikenakan seperti perlu menyanyi, menjual barang, menari, meniru parody shae-sayang dan lain-lain…. Suasana menjadi gamat dengan penyertaan pelajar. Jadi tidak tahulah, ia cabutan bertuah atau cabutan malang heheh

Dan akhir sekali adalah pemberian hadiah kepada pemenang sempena talentime dan sambutan hari pensyarah…. Majlis ditutup dengan acara pemotongan kek sebagai simbolik sambutan hari pensyarah…

Dan aku memang berpuas hati dengan penganjuran kedua-dua program ini…. Dan program seterusnya adalah “Sesuci Lebaran, Teratak Kasih”. Program ini lebih kepada mengumpul barang-barang makanan, pakaian dan sumbangan untuk diberikan kepada keluarga-keluarga yang susah untuk memberi sedikit keceriaan untuk menyambut hari raya…. Jika ada yang hendak menderma, boleh menghubungi aku di facebook atau facebook PRISS.




Nota kaki kanan: Berilah kepercayaan dan keyakinan kepada seseorang, insyaAllah ia akan menghasilkan yang terbaik

Nota kaki kiri: Lepas ni fokus dulu kepada pertandingan inoreka dan Maskom wilayah Johor....Sudah beratur banyak program, kena pandai urus masa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...