Selfie? Satu perkataan baru yang menjadi kegilaan orang
ramai terutamanya golongan remaja…
Apa itu selfie??Mengikut kefahaman aku lah…selfie itu
mengambil gambar sendiri dengan menggunakan tangan atau peralatan seperti monopod….Kalau
salah, harap diperbetulkanlah
Jadi tidak hairanlah apabila aku pergi kedai nak cari
monopod, jurujual tu kata
“abang ni, mesti suka selfie ”
Aku tak adalah gila selfie atau hantu selfie…tetapi
bohonglah kalau aku kata aku tidak pernah selfie…. Bagi aku, tiada salah
berselfie, tapi biarlah berpada-pada….jangan la sampai kat kubur pun nak selfie
dan rumah tengah terbakar pun nak selfie…dan dulu siap buat projek kat tandas petronas pun berselfie...Ini memang penyakit!!!
Aku takut nanti, ada yang tengah nazak pun nak ber”selfie”..Adoyai…itu
sudah teruklah.. Patutlah dulu pernah keluar satu artikel, orang yang suka selfie mempunyai masalah mental....
Selfie memang tengah menjadi kegilaan sekarang…masakanlah astro hendak siarkan drama “Hantu Selfie” lakonan Zizan Razak dan Emma Maembong pada hari raya kalau tajuknya tak komersial….Jika anda hendak berselfie pastikan keadaan sekeliling sesuai dan
selamat terlebih dahulu…Jangan menyesal kalau gambar-gambar anda menjadi viral dan kecaman di facebook nanti heeh dan kini aku selalu pesan kat kawan-kawan aku yang selesai
beraya di rumah aku…
“Berhati-hati memandu…jangan selfie semasa memandu”
Ucapan aku semakin panjang..heheh
mai aku belanja satu gambar selfie heheh
Nota kaki kiri: Jika anda Hantu Selfie, dapatkan smartphone HTC Desire hanya RM 38 di SINI