nak ikut.....

Friday, August 8, 2014

Jom Scan Baby….

Siapa ada Baby dalam perut??

Angkat tangan!!!

Kalau aku tak ada lah….tapi boleh je nak scan perut aku ni hehe….Bila lah baby nak keluar dari perut aku ni? Baru la kurus nanti heheh

Ada berita baik untuk anda!!!

Ni aku nak promosi sikit page facebook kawan aku ni…ni pun atas permintaan dia… jadi aku tolong kawan-kawan lah…

Facebooknya ialah Ultrasound 3D 4D  Malaysia – DR Siti Scan…. Dia adalah seorang doctor yang buat scan bayi untuk ibu yang mengandung…..anda boleh tengok anak anda, boleh tentukan jantinanya dan macam-macam lagi…


Untuk maklumat lanjut anda boleh like facebooknya, di situ ada banyak maklumat mengenai bayi dan juga ada nombor telefonnya…anda boleh membuat temujanji untuk pemeriksaan…. Dan aku dah kawtim dengannya, kalau anda membuat pemeriksaan dengan menyebut nama aku…insyaALLAH akan dapat diskaun heheh


Friday, August 1, 2014

Hantu Selfie

Selfie? Satu perkataan baru yang menjadi kegilaan orang ramai terutamanya golongan remaja…

Apa itu selfie??Mengikut kefahaman aku lah…selfie itu mengambil gambar sendiri dengan menggunakan tangan atau peralatan seperti monopod….Kalau salah, harap diperbetulkanlah

Jadi tidak hairanlah apabila aku pergi kedai nak cari monopod, jurujual tu kata

“abang ni, mesti suka selfie ”

Aku tak adalah gila selfie atau hantu selfie…tetapi bohonglah kalau aku kata aku tidak pernah selfie…. Bagi aku, tiada salah berselfie, tapi biarlah berpada-pada….jangan la sampai kat kubur pun nak selfie dan rumah tengah terbakar pun nak selfie…dan dulu siap buat projek kat tandas petronas pun berselfie...Ini memang penyakit!!!

Aku takut nanti, ada yang tengah nazak pun nak ber”selfie”..Adoyai…itu sudah teruklah.. Patutlah dulu pernah keluar satu artikel, orang yang suka selfie mempunyai masalah mental....

Selfie memang tengah menjadi kegilaan sekarang…masakanlah astro hendak siarkan drama “Hantu Selfie” lakonan Zizan Razak dan Emma Maembong pada hari raya kalau tajuknya tak komersial….Jika anda hendak berselfie pastikan keadaan sekeliling sesuai dan selamat terlebih dahulu…Jangan menyesal kalau gambar-gambar anda menjadi viral dan kecaman di facebook nanti heeh dan kini aku selalu pesan kat kawan-kawan aku yang selesai beraya di rumah aku…

“Berhati-hati memandu…jangan selfie semasa memandu”

Ucapan aku semakin panjang..heheh

mai aku belanja satu gambar selfie heheh

 Nota kaki kanan: Selfie biarlah berpada-pada…tetapi kalau selfish memang undang padahlah jawabnya


Nota kaki kiri: Jika anda Hantu Selfie, dapatkan smartphone HTC Desire hanya RM 38 di SINI

Thursday, July 31, 2014

Bingkisan Kasih

Selamat Hari Raya…..

Masih mood raya ke? Raya kan sebulan…. Jadi jom merayakan sepuas-puasnya….tetapi kita kena beringat juga….ada yang tidak dapat beraya dengan orang tersayang seperti keluarga mangsa MH 17… hanya Al-fatihah sahaja dapat dikirimkan….

Aku pun sama, raya kali ini adalah raya kedua aku tanpa abah…..sedih juga sebab tidak dapat bersalam di pagi raya macam kawan-kawan yang lain…. Hanya doa sahaja yang dapat aku kirimkan… betul lah orang kata, apabila orang tersayang sudah tiada, baru kita merasa kehadirannya….dan menghargai… tapi masa sudah tidak dapat diputar kembali….

Baru-baru ini pelajar aku mencadangkan satu program kepada aku…

“Encik, jom kita buat program sambutan raya di rumah orang tua”

“Jom”

Aku terus setuju tanpa berfikir dua tiga kali…. Bagi aku ini peluang keemasan, mungkin aku tidak sempat membalas jasa ibubapa aku….jadi ini peluang aku…lagipun ia dapat mendidik pelajar-pelajar aku untuk menghargai ibubapa mereka bagi yang masih ada dan menghargai golongan warga emas….

Kalau kita tengok dalam surat khabar masa kini, banyak berita yang memaparkan sikap anak muda yang sudah luntur sifat menghormati dan menghargai warga emas ini….warga emas di marah, di caci dan diherdik…

Mungkin program Bingkisan Kasih ini tidak memberi impak yang besar tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menggembirakan mereka di hari raya ini….aku mungkin sedih tidak dapat beraya dengan abah sebab abah sudah tiada, meninggal dunia….tetapi warga emas ini lagi sedih sebab tidak dapat beraya dengan anak-anak mereka, yang mereka tahu masih ada….mereka ditinggalkan di rumah warga emas bagi menghabiskan sisa-sisa hidup mereka….betullah orang kata, ibu dan ayah mampu menjaga anak yang ramai…tetapi anak yang ramai belum tentu dapat menjaga ibubapa mereka…

“Tetapi encik, kita tidak cukup kewangan untuk jalankan program ini,kita hanya jalankan apabila cukup wang eh encik”, balas pelajar aku

“Kita jalan juga program ini, insyaALLAH ALLAH akan permudahkan program baik kita ini”, balas aku

Jika ada sesiapa yang ingin menderma untuk program ini….boleh PM aku di facebook aku atau di facebook PRiSS…..Maklumat lanjut program ini di facebook PRiSS



Nota kaki kanan: Ketika pertama kali pelajar aku menghubungi rumah warga emas ini, mereka terlalu seronok apabila mengetahui kami ingin mengadakan program raya di situ….jadi tak kan kami nak hampakan perasaan mereka kerana halangan yang kecil.


Nota kaki kiri: Lisa Surihani terkenang saat kosong-kosong terakhir bersama ayahnya. Saksikan di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...