nak ikut.....

Wednesday, October 1, 2014

Minyak Oh Minyak

Minyak Naik boleh bikin naik minyak aku ni…. Eh silap ayat aku…bukan minyak naik tetapi subsidi diturunkan…..

Arghhhh!!!!....Aku tak kisah kalau benda lain naik harga selain daripada minyak, elektrik atau air…sebab benda-benda ini kalau naik secara automatic semua barang akan naik harga juga….. tapi gaji tak naik-naik juga….

Kebetulan aku memang nak isi minyak tadi, sekali penuh semua stesen minyak…siap ada yang tuang dalam botol-botol….Memang hanya naik 20 sen sahaja…dan pasti ada yang akan kata apa nak kecoh-kecoh setakat 20 sen saja… tapi seperti aku kata tadi, ia akan beri kesan pada semua…tidak percayalah tengoklah nanti…..aku nak tengok harga pembekal barang-barang koperasi, naik tak harga???

Dan hari ini, aku rasa PM kesayangan kita Dato Seri Najib paling popular dan menjadi trending….gambar beliau penuh dalam handphone aku, apabila ramai orang hantar pada wassap, facebook, wechat dan lain-lain lagi….

Harap ada berita gembira lain di bulan Oktober ini….Jangan menjadi Tragedi Oktober!!!



Nota kaki kanan: Ada hikmahnya rupanya aku menang cabutan bertuah basikal tempoh hari….nasib baik tak jual lagi…


Nota kaki kiri: kalau buat inovasi bahan pengganti minyak ni, mesti dapat gold medal!!!

Friday, September 26, 2014

Gadis Insurans Idaman lelaki….

Pagi tadi, walaupun Johor bercuti hari ini…tetapi aku kena pergi juga ke ofis…..bagi menyiapkan pencalonan pelajar untuk Anugerah Gemilang Pelajar (AGP)….. aku perlu menyelongkar semua fail-fail bagi mencari bukti penglibatan pelajar di dalam sesuatu program….rasa rugi pula jika tidak hantar pencalonan…. Menang kalah itu nombor dua…..janji kita berusaha….

Dan hari ini, aku masuk ofis….ditemani oleh akak-akak cleaner je…yang lain semua tiada….seram juga!! Rakan-rakan yang tahu aku bekerja hari ini mulalah menghantar cerita-cerita hantu….bagus punya kawan hehe….

Semasa aku mencari fail-fail sokongan, telefon aku berbunyi….aku perhatikan pada skrin telefon… nombor dari KL….03 diawalnya…. dalam fikiran aku, mesti orang jual insurans atau yang sewaktu dengannya….. aku pun angkat….. Tepat sangkaan aku… dan dialog mereka seperti diprogramkan….sama saja dengan mana-mana wakil insuran yang pernah call aku… salah satu ayatnya mesti

“Encik adalah orang yang bertuah kerana terima panggilan kami”

Aku yang bertuah ke atau mereka yang bertuah?? hahah

Tetapi kali ini, yang call aku perempuan….dia kata nak ambil masa aku lima minit…. Dah alang-alang tiada sesiapa temankan aku….aku benarkanlah dia ambil masa 5 minit aku hehe… wah ayatnya kemain baik….. siap cakap

“Betul ke encik khairul berumur 28 tahun? Suara sangat muda…macam baru lepasan sekolah”

Ayat punya baik dia susun hahah…tapi aku cakap awal-awal dengan dia

“Awak cakap lama-lama dengan saya nanti, tak semestinya saya akan setuju tau dihujung nanti”

“tak pe encik khairul dengar penerangan saya dahulu”

Aku pun setuju….lama juga la dia terang kat aku pasal insuran tu….aku dengar sahaja lah sambil tangan aku mencari dokumen yang aku perlukan….. kalau dia tidak cerita pasal insuran, mungkin aku cair dengar suara dan kata-kata manisnya tu hehehe…..

Dalam 15 minit juga dia terang kat aku…kemudian dia tanya

“Jadi macam mana encik Khairul? Berminat?”

“Saya tidak berminat”

“Kenapa encik khairul tidak berminat”, ada penegasan pada suaranya seperti cuba memaksa aku

“Tak semua perkara perlu bersebab, lagipun saya dah ada insuran”, balas aku

“Tapi insuran kami ini bagus”

“Camtu bagi masa saya buat perbandingan insuran cik dengan insuran saya dulu”

“Tapi kena buat keputusan sekarang”

“Kalau sekarang, saya tidak berminat….lagipun saya dah pernah kena tipu dengan orang yang jual insuran secara call ini…saya lagi suka berjumpa secara depan”

“kalau macam tu…Assalamualaikum”, terus letak panggilan telefon

Gadis Insuran Idaman aku sudah lenyap!!!


Aku peliklah dengan orang insuran yang telefon ini…..kenapa perlu buat keputusan pada waktu itu juga?? Kalau benda itu bagus, bagilah masa untuk pembeli berfikir….. sesuatu barang yang bagus tetap ada pembelinya… lagi satu, ada ke penjual akan cerita yang buruk-buruk mengenai produknya?? Mesti semua best-best je… pastu cerita banyak-banyak pada masa itu….ingat boleh masuk ke semua??

Sunday, September 21, 2014

Bukan sekadar teramai

Alhamdulillah pada 18 september 2014 yang lepas aku Berjaya mencatat Malaysia Book of Record hehe tapi bukan aku seorang sahaja lah…ia melibatkan juga pelajar aku seramai 10 orang dan juga 1019 orang yang lain juga….. Apa rekod yang aku Berjaya catatkan? Kami Berjaya catat “Most Number of Stompers in a Performance” iaitu 1030 orang stompers dalam masa 39 minit 20 saat.

Tapi biasalah, pasti kita akan dengar suara-suara negative….begitu juga aku…. Aku dengar

“Malaysia ini tiada rekod lain ke nak buat? Mesti nak terpanjanglah, paling ramailah, paling besarlah… cuba tengok rekod dunia…mana ada macam tu”

Aku hanya tersenyum sahaja…kerana aku pun tidak kisah rekod itu…kerana bagi aku yang lebih penting adalah usaha yang ditunjukkan bagi mencipta rekod itu… Aku sendiri bangga dengan komitmen pelajar aku dan pelajar-pelajar kolej komuniti lain…. Syarat untuk Berjaya mencipta rekod itu adalah perlu bermain sekurang-kurangnya 30 minit tanpa berhenti…..kalau hari kejadian terberhenti pun dan gagal mencatat Malaysia book of records pun aku tetap berbangga dengan pelajar aku…

Ini kerana dalam usaha mencipta rekod itu, mereka semua perlu berkampung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selama 5 hari dari 14 september hingga 18 september….berlatih dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari…. Aku sendiri menjadi saksi perjalanan ke arah mencipta rekod itu…agak sukar untuk mengharmonikan stompers seramai itu….dan perlu mainkan 5 buah lagu…. Kalau tak caya cubalah mengajar di hadapan 30 orang sahaja….pasti anda sudah pening…. Ditambah pula dengan keadaan letih dan panas…. Setiap hari perlu bangun awal pagi kerana bagi mengelakkan kesesakan di Kuala Lumpur….dan pada hari rekod tercipta, kami bangun dan bergerak ke Maeps Serdang pada jam 4 pagi…. Mudah pula pelajar aku bangun awal pagi sepanjang latihan stompers ni hehehe….

Bagi yang sama-sama membentuk dan melihat perjalanan rekod ini tercipta….pasti akan merasa kepuasannya….ia bukan sekadar teramai!!!!


Gambar-gambar lain klik [SINI]

Nota kaki kanan: Aku boleh masuk rekod, orang yang paling kerap berniat nak kurus…tetapi hancus heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...