nak ikut.....

Friday, May 8, 2009

Akhirnya…

Setelah 2 semester…akhirnya aku berjaya juga menjilidkan aku punya thesis…rasa berbaloi sangat selepas berhempas pulas memotong tayar dan menjalankan eksperimen…aku dah dapat tahu result tidak rasmi final year projek ni…tapi tunggu la result rasmi keluar baru aku bg tahu…takut berubah je nanti…huhu…tajuk final year projek aku ialah “microwave induced fast pyrolysis of scrap tires”…skang aku boleh mengemas bilik dan balik rumah..merdeka!!..pas ni kena cari kerja plak… ada sape2 yang ada keje kosong??heh

Thesis aku yang dah berjilid

Thesis aku bersama model....cik yuyu

Monday, May 4, 2009

Misi Mustahak…

Ari ni aku berazam untuk mengemas bilik aku…lagi seminggu nak balik rumah…bye2 UTM…jadi misi mustahak aku hari ni adalah…membuang kertas2 yang tak berguna supaya mudah aku nak angkut barang yang perlu saje balik ke rumah….hendak start di mana dulu yer??ow di meja study aku la…korang boleh tngok dalam gambar….keadaan bilik aku…macam tongkang pecah…itu menunjukkan betapa gigih nya aku study hahahah….

keadaan sebelum di kemas

Beberapa minit kemudian ketika aku sedang mengemas…tetiba dapat panggilan telefon…

Hello

Apa?Nak ajak keluar. G mana??

Ala aku sedang mengemas la…”

Bla…bla…aku bergayut sebentar…..selepas tamat panggilan aku mencapai helmet dan kunci terus keluar..bilik di tinggalkan begitu…

keadaan selepas di kemas sedikit...

p/s: tengah memikirkan…malam ni nak tdo kat mana yerk??

Jalan2 cari makan…

Malam semalam, aku join budak2 kelab penyayang g dinner kat Restoran Pinggir Bayu…sempena penutup semester ini…kira ini dinner yang terakhir la aku bersama kelab penyayang..Aku pergi bersama Roy..ada lah dalam 14 orang termasuk aku turun…kami pun order la makanan...roy sorang je x order...diet katanya...huhu.. apa plak yang aku order untuk makan??mestilah aku order mee goreng basah…aku diet nasi sekarang hahahah (selepas ramai yang kutuk aku dalam entri sebelum ni) dan minuman mestilah aku minta air mangga kegemaran aku…YUyu kata, kalau seseorang tu suka minum air mangga nanti perkahwinan dia di atur….harap2 mulut yuyu masin…senang aku takyah fikir pasal kahwin lg hahha..aku nak citer pasal mee goreng aku ni…

korang boleh lihat dalam gambar betapa basahnya dia buat….dah mcm mee sup plak aku tngok….mungkin dah bercampur dgn peluh tukang masak kot…huh..

ni gambar terkini aku...sape kata aku gemuk??huhu

Selepas makan, kitaorang pun bergambar kenangan…aku mestilah duduk paling tngah sekali dan sebelah presiden hahah

Selepas kenyang perut, mestilah kami suka hati…jadi apa lagi...aku, roy, yuyu, dan zira berpakat g karaoke plak…lepaskan gian…nyanyi 11 lagu…yang aku x tahan tu….bleh plak yuyu dan zira pilih lagu ramlah ram….apa kes??Aku ingat anak muda zaman sekarang dah x kenal ramlah ram…..tapi lagu akhir, kami adalah sumaiyah nyanyian kumpulan hijazz….alhamdulilah…kami balik ke utm dalam penuh keinsafan…lebih2 lagi si roy tu hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...