nak ikut.....

Monday, October 25, 2010

Sokong Negeri Sembilan pula….

Semalam (sabtu) , member aku ajak lepak kat kedai makan….dalam pukul 8.30 malam…kebetulan pula kedai makan tu menyiarkan perlawanan bola sepak antara pasukan kedah dan Kelantan kat skrin besarnya…. Agak ramai juga orang di situ…niat di hati mula-mula sekadar nak lepak 30 minit je…last2 habis satu perlawanan tu HAHAHA…. Pasukan mana aku sokong malam tue?? Confirm la pasukan dari negeri kelahiran aku…hehhehe

Mula-mula perlawanan agak seimbang antara dua-dua pasukan, apabila pasukan kedah menyerang… aku bersemangat sungguh menjerit…apabila terlepas bola…aku mengeluh… rupa-rupanya aku sorang je kat situ yang menyokong pasukan Kedah….Yang lain, semuanya sokong pasukan Kelantan…Adoyai silap kedai makan, aku pergi!!! Terpaksa la aku kawal diri aku dalam kawasan orang hahahaha…


Aku sebenarnya agak kecewa dengan gol yang dijaringkan oleh pasukan Kelantan tu… Aku tak tahu kenapa Helmi Eliza, penjaga gol Kedah boleh membuat kesilapan macam tu…sebelum ni cemerlang habis persembahannya…kira gred A+ la…tapi apa nak buat….dah kalah pun…dan Pasukan Kelantan telah layak beraksi di final Piala Malaysia melawan Pasukan Negeri Sembilan…. Mengulangi aksi final musim lalu heheh…. Dimana musim lalu Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1… Adakah sejarah akan berulang kembali atau hanya tinggal sejarah??? Heheh… Final nanti aku sokong Negeri Sembilan sebab tak puas hati Kelantan kalahkan kedah hahahaha

p/s: Sejarah akan menjadi mata pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan SPM mulai 2013….
sumber gambar: google & kelate.net

Saturday, October 23, 2010

Telur dia gebu la…

Oww makan malam tadi….tetiba kakak aku nak masak kan telur bermayonis untuk aku….pengaruh kuat iklan si sheila rusli tu….heheh….lagi pun aku tak pernah rasa..dan aku dengar ramai yang kata sedap… dah alang-alang kakak aku nak masak kan telur bermayonis untuk aku…aku setuju je la…lagipun bukan senang nak rasa masakan kakak aku tu HAHAHA…..

Selepas aku merasa telur tu….sumpah!!! gebu telur tu….rasa pun lembut….nikmat je masuk ke dalam bibir mungil aku ni…..sampai menjilat jari….hahaha…tp aku tak ada gambar la untuk telur bermayonis tu….tadi ingat nak ambil gambar sebelum makan, tapi telur tu dah tak ada rupa telur dah….mungkin kakak aku berperang kot kat dapur bagi menyiapkan telur bermayonis tu HAHAHHA…..apa-apa pun thanx kak long untuk telur gebu tu…

keluarga yokies pasti akan risau apabila ramai orang akan meminati telur gebu...hehe

(kartun feveret masa aku kecik2 dulu...)

p/s: aku pakar masak air je hehehe =)

Wednesday, October 20, 2010

Oh jelingan mu....

“Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya”

“Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah”


Oww nampaknya lirik lagu “pandang-pandang jelling-jeling” nyanyian Siti Nurhaliza & Datuk S M Salim ini tidak boleh dipraktikan… apabila seorang lelaki telah di belasah oleh dua orang samseng….hanya kerana lelaki itu memberikan jelingan yang paling tajam sehingga menusuk kalbu samseng-samseng itu…

Alkisahnya, pada malam kejadian, lelaki itu yang sedang berjalan seorang diri telah didatangi dua orang lelaki yang mendakwa tidak berpuas hati dengannya kerana menjeling mereka yang membuat bising sehari sebelum kejadian….seorang daripada samseng itu telah menumbuk mangsa….DUSH!!!....mangsa yang tidak mempunyai kepakaran mengelak seperti yang terdapat pada hero-hero tamil telah terjatuh….Ketika itu, mangsa hanya mampu mempertahankan diri sambil menjerit meminta pertolongan manakala kedua-dua suspek terus membelasahnya.

Selepas dibelasah hampir 30 minit, mangsa meloloskan diri sebelum bersembunyi di dalam rumahnya….samseng-samseng itu pada mulanya cuba mengejar mangsa namun gagal selepas dia berlindung di dalam rumahnya… (teringat aku masa zaman kanak-kanak….kalau bergaduh je, mesti ada yang lari balik rumah sorok dalam rumah… jadi tak dapat tangkap la….heheheh)….Ok berbalik kepada kisah samseng tadi….Disebabkan tidak berpuas hati, mereka membakar motosikal mangsa yang diletakkan di tempat letak kenderaan berdekatan rumah mangsa…tak dapat orang, motor pun jadi lah….janji puas hati kan???… hahaha kelakar pulak aku baca kisah samseng ni….macam budak-budak pun ada…..aku rasa, sebenarnya diorang frust yang jelling mereka adalah lelaki….cuba kalau perempuan yang jeling kat mereka….apa jadi eh?????

p/s: aku biasanya menjeling jawapan member masa exam je =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...