nak ikut.....

Monday, October 25, 2010

Sokong Negeri Sembilan pula….

Semalam (sabtu) , member aku ajak lepak kat kedai makan….dalam pukul 8.30 malam…kebetulan pula kedai makan tu menyiarkan perlawanan bola sepak antara pasukan kedah dan Kelantan kat skrin besarnya…. Agak ramai juga orang di situ…niat di hati mula-mula sekadar nak lepak 30 minit je…last2 habis satu perlawanan tu HAHAHA…. Pasukan mana aku sokong malam tue?? Confirm la pasukan dari negeri kelahiran aku…hehhehe

Mula-mula perlawanan agak seimbang antara dua-dua pasukan, apabila pasukan kedah menyerang… aku bersemangat sungguh menjerit…apabila terlepas bola…aku mengeluh… rupa-rupanya aku sorang je kat situ yang menyokong pasukan Kedah….Yang lain, semuanya sokong pasukan Kelantan…Adoyai silap kedai makan, aku pergi!!! Terpaksa la aku kawal diri aku dalam kawasan orang hahahaha…


Aku sebenarnya agak kecewa dengan gol yang dijaringkan oleh pasukan Kelantan tu… Aku tak tahu kenapa Helmi Eliza, penjaga gol Kedah boleh membuat kesilapan macam tu…sebelum ni cemerlang habis persembahannya…kira gred A+ la…tapi apa nak buat….dah kalah pun…dan Pasukan Kelantan telah layak beraksi di final Piala Malaysia melawan Pasukan Negeri Sembilan…. Mengulangi aksi final musim lalu heheh…. Dimana musim lalu Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 3-1… Adakah sejarah akan berulang kembali atau hanya tinggal sejarah??? Heheh… Final nanti aku sokong Negeri Sembilan sebab tak puas hati Kelantan kalahkan kedah hahahaha

p/s: Sejarah akan menjadi mata pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan SPM mulai 2013….
sumber gambar: google & kelate.net

2 comments:

Miss Shizu said...

yeaayyy,...n9 poreber....=)

KJ-kun said...

yeah hidup N9 =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...