Hari jumaat adalah penghulu segala hari….Ramai orang suka hari jumaat berbanding hari Isnin….. Kenapa eh???selama ni, aku perhatikan bila hari jumaat je mesti akan berlaku benda yang sama je…seperti:-
a) Ramai orang datang kerja….bersemangat!! berbanding hari isnin….mungkin sebab keesokkannya dah hari sabtu..dapat bercuti dan berehat.
b) Ramai pekerja di Malaysia terutamanya lelaki beragama islam sayang untuk ambil cuti atau half day pada hari jumaat…sebab waktu kerjanya yang singkat kerana waktu rehat untuk solat jumaat lama….lebih kurang 2 jam..
c) Ramai kaum wanita suka pergi shopping pada waktu rehat (lunch) masa hari jumaat ni kerana kata mereka tak sesak…..rupanya kaum lelaki ni yang suka menyesakkan!!
d) Ramai kaum laki datang awal ke masjid untuk solat jumaat….bukan apa…Cuma nak makan pisang percuma je (kenapa selalu pisang je eh?? Bagi la durian ke heheh) dan cop tempat/ kawasan strategi seperti di dinding2 dan tiang kat masjid…untuk bersandar ketika khutbah nanti…
e) Ramai jemaah ketika solat jumaat anguk-anguk setuju dengan khatib yang menyampaikan khutbah…..penuh keinsafan dalam diri…sehingga menutup mata sambil mengangguk tanda faham…
f) Selalu apabila lepas solat jumaat mesti ada yang jemaah kehilangan selipar atau sepatu…. Dan ada juga jemaah yang datang pakai selipar jepun tapi balik pakai crocs…
g) Ramai peminta-peminta sedekah muncul di pintu-pintu masjid…..ow sayunya melihat keadaan mereka…maka sedekah la paling koman rm10….hari lain rm1 pun susah nak derma….maklumlah baru kuar masjid…..jadi pemurah…
h) Bila malamnya, mata boleh tahan sampai lewat pagi…sedangkan hari-hari kerja lain…lepas isya’ terus terlentok lena…sudah berdengkur…Pelik bin ajaib…hebatnya kuasa hari jumaat…
Apa-apa pun selamat hari jumaat dan selamat berhujung minggu…pastikan setiap saat yang kita lakukan diberkati oleh ALLAH swt..
p/s: bila aku baca balik semua diatas….macam kisah aku je HAHHAHA

4 comments:
jumaat yang penuh dengan kebaikan :)
f tu lawak laaa ;P
b. tu mcm dah biasa jer...hehehehe..dr epul db
azila: betul2...penghulu segala hari
alynn notnot: hehehhe
epul db: wah lama x dengar citer...rindu sama kamu :)
Post a Comment