nak ikut.....

Wednesday, November 9, 2011

Saya suka kerja saya….

Sejak aku berpindah kerja ini, aku rasa macam hilang satu beban….dulu aku pilih kerja sebab aku hendak gaji yang tinggi….jadi beban lagi besar lah… yelah orang kata…gaji kena setimpal dengan beban kerja lah….lagi banyak beban, lagi tinggi lah gaji….itu aku setuju…tapi macam mana kalau, gaji rendah, tapi beban kerja tinggi?? Bukan aku hendak mengeluh dan tidak bersyukur….aku tahu masih ramai yang menganggur….masih tercari-cari kerja… aku bersyukur sangat aku ada kerja…

Tapi sekarang, aku mengakui kata-kata kawan aku….pilih lah kerja berdasarkan minat dan suka… apabila kita suka kerja itu, kita tidak sedar masa berlalu…tahu-tahu je sudah habis waktu kerja… kita juga tidak kisah kalau diminta bekerja lebih masa….kena kerja luar stesen…kena buat kerja kat rumah……dan kita sanggup buat apa saja demi kerja kita…

Menurut laporan akhbar hari ini, hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam. Adakah menunjukkan mereka suka kerja mereka?? Hehhe

Dan menurut laporan itu lagi, pekerja yang bekerja di tempat yang jauh (jarak tempat kerja dan rumah yang jauh) dan mudah bergerak bekerja dalam dalam tempoh yang lama, wujud bukti yang menunjukkan bahawa para pekerja yang bekerja di tempat yang jauh lebih produktif, mempunyai kepuasan bekerja dan paras tekanan yang rendah, ini kerana mereka kurang melakukan perjalanan (kurang balik ke rumah waktu rehat hehehe) sekali gus membolehkan mereka menggunakan lebih banyak masa bagi pekerjaan masing-masing.

p/s: Bekerja lah dengan ikhlas dan semata-mata untuk mencari rezeki yang halal dan keredhaan Allah…

p/s(i): Hari-hari bekerja ulang-alik antara dua negeri….melaka dan johor heheh =)

Saturday, November 5, 2011

Aku mesti terlepas menonton drama terbaik!!!

Ramai yang sudah sedia maklum, drama Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus telah dinobatkan sebagai Drama Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) malam semalam… Drama itu telah membolot empat trofi iaitu Drama Terbaik, Pengarah Terbaik Drama, Lakon Televisyen (TV) Terbaik dan Videografi Terbaik…Kira kemenangan besar buat Sanggul Beracun… Dan seperti biasa, seperti tahun-tahun lepas….aku mesti tidak pernah menonton Drama yang menang kategori drama terbaik ini hehe…. Lebih-lebih lagi kalau drama itu disiarkan di stesen TV selain daripada TV3 hehehe… aku sangkakan drama air mata nur salina yang akan menang…sebab itu saja drama yang dalam top 5 yang aku tengok hahah itu pun siaran ulangan, hari ahad sempena anugerah skrin ni hahaha…

Jadi aku akan cuba untuk tengok drama Sanggul Beracun ini, harap astro akan membuat tayangan semula drama itu….kerana astro kan suka siarkan sesuatu cerita itu berulang kali sampai kita muak dan hafal dialognya hehehhe….

Secara keseluruhan bagi aku, anugerah skrin hanya boleh dilayan sahaja…tiada persembahan yang memukau…Berikut adalah senarai pemenang;-

Drama Terbaik - Sanggul Beracun
Pelakon Lelaki Terbaik Drama -Eman Manan (Janji Syurga)
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Umie Aida (Air Mata Nur Salina)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku Ke Neraka)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Elfira Loy (Kum Kum)
Pengarah Terbaik Drama - Sabri Yunus
Artis Harapan Pantene - Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji)
Drama Rantaian Terbaik - Juvana
Drama Komedi Terbaik - Geng Surau
Lakon TV Terbaik - Sanggul Beracun
Videografi Terbaik - Sanggul Beracun
Filem Terbaik - Magika
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Remy Ishak (Cun)
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Eja (Janin)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Sidek Hussin (Karak)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Nadiya Nissa (Cun)
Pengarah Terbaik Filem -Osman Ali (Cun)
Lakon Layar Terbaik Filem : Aku Tak Bodoh (Borris Boo)
Laporan Khas/Berita Terbaik : Buletin Utama (Pengemis Terhormat)
Rancangan Hiburan Terbaik : Maharaja Lawak Akhir
Rancangan Muzikal Terbaik : Shout Awards 2010
Rancangan Bual Bicara Terbaik : Selami Jiwa : Datuk Dr Fadzilah Kamsah

p/s: Lepas tengok anugerah skrin, aku terasa nak pakai I-Pad juga lah =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...