nak ikut.....

Wednesday, November 9, 2011

Saya suka kerja saya….

Sejak aku berpindah kerja ini, aku rasa macam hilang satu beban….dulu aku pilih kerja sebab aku hendak gaji yang tinggi….jadi beban lagi besar lah… yelah orang kata…gaji kena setimpal dengan beban kerja lah….lagi banyak beban, lagi tinggi lah gaji….itu aku setuju…tapi macam mana kalau, gaji rendah, tapi beban kerja tinggi?? Bukan aku hendak mengeluh dan tidak bersyukur….aku tahu masih ramai yang menganggur….masih tercari-cari kerja… aku bersyukur sangat aku ada kerja…

Tapi sekarang, aku mengakui kata-kata kawan aku….pilih lah kerja berdasarkan minat dan suka… apabila kita suka kerja itu, kita tidak sedar masa berlalu…tahu-tahu je sudah habis waktu kerja… kita juga tidak kisah kalau diminta bekerja lebih masa….kena kerja luar stesen…kena buat kerja kat rumah……dan kita sanggup buat apa saja demi kerja kita…

Menurut laporan akhbar hari ini, hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam. Adakah menunjukkan mereka suka kerja mereka?? Hehhe

Dan menurut laporan itu lagi, pekerja yang bekerja di tempat yang jauh (jarak tempat kerja dan rumah yang jauh) dan mudah bergerak bekerja dalam dalam tempoh yang lama, wujud bukti yang menunjukkan bahawa para pekerja yang bekerja di tempat yang jauh lebih produktif, mempunyai kepuasan bekerja dan paras tekanan yang rendah, ini kerana mereka kurang melakukan perjalanan (kurang balik ke rumah waktu rehat hehehe) sekali gus membolehkan mereka menggunakan lebih banyak masa bagi pekerjaan masing-masing.

p/s: Bekerja lah dengan ikhlas dan semata-mata untuk mencari rezeki yang halal dan keredhaan Allah…

p/s(i): Hari-hari bekerja ulang-alik antara dua negeri….melaka dan johor heheh =)

1 comment:

Aziela said...

Setuju. Yang penting ikhlas. Kalau dah tak mampu bekerja kerana tekanan atau bebanan, carilah jalan keluar secara baik dan berhemah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...