nak ikut.....

Wednesday, January 25, 2012

Akhirnya….

Akhirnya…hari ini aku dapat juga..

Dapat ang pow hehehe…aku dapat ang pow apabila pergi beraya di rumah budak aku HEHEH.. Pada mulanya, macam-macam alasan aku bagi apabila dia call tanpa henti-henti pada hari tahun baru cina.. aku beritahu family aku datang rumah…jadi tidak boleh datang beraya rumah dia… memang betul family aku datang….lagipun aku tiada member lain yang nak turut serta beraya ke rumah dia…Segan aku seorang diri…..Tapi dia balas macam ni..

“Tidak apa encik, saya sambut tahun baru cina sampai 31 hb ini…jadi encik boleh datang bila-bila”..

HAhaha….aku terjerat!!! Ini membuatkan aku tidak ada alasan lagi untuk tidak pergi beraya rumah dia…. Pagi ini, ketika aku sampai di tempat kerja…terus aku ternampak dia dari jauh…aku cuba mengelak… tetapi dia sudah nampak aku….jadi aku guna teknik biasa yang aku buat untuk mengelak dari jumpa orang….aku buat-buat jawab panggilan telefon sambil jalan cepat ke tempat duduk aku…. Dia follow aku kemana saja aku lalu…. Aku jalan cepat…dia pun sama jalan cepat…aku buat-buat jalan perlahan…dia pun turut jalan perlahan belakang aku.. akhirnya aku mengalah..

“yup, kamu hendak apa???”

“Encik jadi eh datang ke rumah saya petang ini lepas habis kerja???”

“Ok jadi!!”

Baru dia senyap tidak call dan mesej aku hari ni….sebab dia sudah dapat jawapan yang pasti….yang aku akan datang beraya di rumah dia petang ini… sedangkan, aku hanya cakap saja tanpa memaksudkannya..hehe

~tepat jam 5 petang~

Telefon aku berbunyi, aku lihat di skrin telefon aku…nama budak aku itu muncul…aku mengangkat telefon…

“Encik sudah siap hendak balik?? Jangan lupa singgah rumah saya ye”

Aku hanya tersenyum saja…Betul-betul semangat budak ini….Mesti daripada pagi tadi, dia asyik fikir pasal aku hendak datang kot…

“Ok saya datang”

“Saya tunggu encik”

Tiiitttt!!!! Telefon di letak…aku melihat senarai nama dalam telefon aku… aku telefon kawan-kawan aku yang lain yang turut kenal budak itu… ajak turut serta beraya ke rumahnya

~jam 6 petang~

Kami sampai di rumahnya…dia sungguh seronok apabila nampak kami..dia memberitahu pada ahli keluarganya….aku rasa dia seronok kami datang lah, sebab dia cakap dalam mandarin sambil tersenyum.. satu apa pun aku tidak faham hahaha…dia cuba melayan kami sebaik-baiknya, dia tahu apa yang orang islam sensitive… dan tiba-tiba ayah dia keluar dengan membawa ang pow… aku turut dapat juga, sebab aku kan masih bujang HEHEHE…tetapi korang mesti boleh agak kan… aku mesti mula-mula tolak, kononnya malu hendak terima heheheh… Aku tak pasti lah.. kalau orang bagi ang pow pada kita, kita perlu balas ke??? Aku tengok dalam cerita dan iklan cina, kena balas… tapi aku tak bagi ang pow pada budak itu tadi….rasa bersalah pula hehehe aku kena lebih kaji adat resam kaum cina ni… tetapi sempat pula aku bagi tahu budak itu sebelum aku balik…

“Kalau kamu nak ang pow juga, datanglah rumah saya pada hari raya puasa nanti”

p/s(i): Asalkan kita saling hormat-menghormati antara kaum…pasti kita akan hidup dengan aman, seronok dan saling mempercayai….

p/s(ii): kali kedua aku dapat ang pow pada tahun baru cina dalam hidup aku….

p/s(iii): Malam ini masih bunyi mercun…Jom tengok!!!

Saturday, January 21, 2012

Pakai helmet salah tempat…

Petang tadi aku teman makcik aku pergi pasar malam…senang cerita aku jadi driver makcik aku la…. Aku sebenarnya malas hendak pergi…sebab mesti hari ini ramai orang…maklum lah, aku kan sekarang ni tinggal kat kampong…hari ini berduyun-duyun orang KL pulang ke kampong sebab cuti sudah mula… mesti tempat-tempat di kampong ini menjadi sesak… tapi disebabkan aku anak sedara yang baik dan makcik aku perlukan aku untuk mengangkat barang-barangnya…aku pun pergi sajalah haha

Setelah aku parking kereta…berdesup makcik aku keluar dari kereta dan hilang dari pandangan aku… Ni mesti tak sabar dan risau barang yang hendak di beli nanti habis.. Makcik aku ni memang macam tu… Aku hanya berjalan perlahan-lahan melalui kaki lima kedai sebelum sampai ke tapak pasar malam itu..

Semasa aku berjalan di kaki lima kedai itu, aku perhatikan ada seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai helmet…tetapi helmet ada di hadapannya.

“Ish berani budak ni tidak pakai helmet…polis dah la banyak”, mengomel aku sendirian.

Yelah, macam mana aku tidak bising…helmet ada je dibawa tetapi letak kat bahagian depan… nak suruh seat tu pakai helmet ke??? Nanti bila sudah kena saman…polis juga disalahkan…Sekarang ni aku rasa kerja polis yang paling payahkan??

Aku lihat budak itu berhenti berhampiran sebuah kedai di kaki lima itu… dia toleh ke kiri dan ke kanan…kemudian dia pakai helmet…

“Eh dia dengar ke aku kutuk dia…tiba-tiba berhenti pakai helmet pula…syukur la..”,

Aku memerhatikan saja gerak-geri budak itu… Aku sangkakan dia akan meneruskan perjalanannya selepas pakai helmet itu.. tetapi sangkaan aku meleset sama sekali… Budak itu turun dari motornya dan masuk ke dalam satu kedai di kaki lima itu sambil memakai helmet… Aku terus kan perjalanan aku sepanjang kaki lima itu sehingga aku betul-betul berdiri di hadapan kedai yang dimasuki oleh budak itu tadi… Aku perhatikan ke dalam kedai itu, aku nampak budak itu…yang aku peliknya, bukan budak itu seorang saja yang memakai helmet…ada lagi tiga ke empat orang lain yang turut memakai helmet di dalam kedai itu…

“Eh ini kedai jual helmet ke??”,

Aku perhatikan pada signboard kedai itu…

“Owww kedai 4D rupanya…”

p/s: Kalau masuk bank anda wajib tanggalkan helmet…kalau tidak orang lain akan pandang anda dan menyangkakan anda seorang perompak…aku pernah mengalaminya huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...