nak ikut.....

Wednesday, July 25, 2012

Eh besarnya!!!


Alkisahnya, tengah hari tadi aku pergi ke Koperasi di tempat kerja aku ini… Niat di hati ingin menukar duit, sebab sebelum ini aku telah berbincang dengan penjaga koperasi itu, dia hendak tukar duit syiling yang banyak aku ada ini dengan duit kertas…. Biasalah orang berniaga koperasi, mesti perlu banyak duit syiling.

Ketika aku sampai di koperasi, penjaga koperasi yang aku cari tiada disitu…dan aku perhatikan ada dua orang budak sedang berlari-lari keluar dan masuk koperasi tersebut…aku tidak menghiraukan budak-budak itu.

Sebaik sahaja,aku ingin melangkah kaki keluar dari Koperasi….budak-budak yang berlari itu tadi sedang berlari dari luar koperasi ke arah dalam koperasi….Kiranya aku bertembung dengan budak-budak itu di pintu koperasi. Salah seorang budak itu terkejut…. Dan aku jelas dengar budak itu melatah

“Eh besarnya”

Aku perhatikan, budak itu pandang aku dari atas sehingga bawah… dan aku pula pandang budak itu, nampak kecik je…. Taktahu sama ada aku perlu marah budak itu atau tidak….Sedap-sedap je kata aku besar hahahha…Disebabkan budak itu comel, aku cubit pipi dia je hahahah

p/s: Budak kecik memang tidak pandai menipu kan???

Monday, July 23, 2012

Jom hantar kad raya…


Wahhhhh!!!!

Sempena musim perayaan ini, Pos Malaysia hanya mengenakan kadar 50 sen bagi mengepos semua kad ucapan perayaan yang tidak melebihi 50 gram ke semua destinasi dalam Negara. Tawaran ini bermula hari ini… Jadi apa tunggu lagi?? Jomlah hantar kad raya….tapi aku rasa, dengan teknologi yang canggih sekarang ini.. kad raya semakin dilupakan…. Sekarang ni, ramai yang lebih suka hantar SMS atau ucapan di facebook…lebih cepat…. Tetapi aku tidak!!! Aku tetap hantar kad raya setiap tahun kerana bagi aku kad raya itu ada nilainya tersendiri…

Menurut pihak pos juga, bagi memastikan kad ucapan Aidilfitri yang dihantar tiba ke destinasi sebelum sambutan syawal, kad tersebut perlu dihantar sebelum 13 Ogos. Okay ada masa lagi untuk aku membeli kad raya dan pos kepada rakan-rakan ku….


p/s (i): Aku pernah hantar kad raya size A3 kepada kawan baik aku…hantar by hand hahahha

p/s(ii):Ofis aku sudah lekat notis, supaya mohon cuti raya sebelum 10 Ogos ini….. nak cuti lama la, sebab kena raya kat KL tahun ni =(

Sunday, July 22, 2012

Mengapa abaikan ibu bapa yang lanjut usia??


Hari ini 2 ramadhan….. Rasanya tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kepada yang berpuasa…..banyak juga mesej ucapan selamat berpuasa yang aku terima… Maaf jika ada yang tak terbalas…

Pagi-pagi ini, bila aku membaca surat khabar….aku terbaca mengenai ibu bapa yang lanjut usia atau warga emas yang di tinggalkan di rumah kebajikan…. Rasanya ini bukan kali pertama berita seumpama ini terpapar dan aku yakin ini bukan juga yang terakhir akan di paparkan di akhbar….pasti banyak berita seumpama itu akan keluar lagi…lebih-lebih lagi hendak raya nanti…. Persoalannya sekarang, mengapa sekarang ini ramai anak mengabaikan ibu bapa mereka yang lanjut usia??

Pelbagai pendapat dan alasan dikemukakan antaranya ialah
      
      a)  Kehidupan ibu bapa lebih terurus jika di rumah kebajikan kerana anak-anak sibuk bekerja. Memang betul lebih terurus, tetapi adakah itu alasan atau permit untuk si anak melepaskan tanggung jawab??
   
     b)  Institusi kekeluargaan dari awal lagi sudah rapuh. Si ibu bapa tidak pernah mengambil berat hal anak-anak. Jadi apabila sudah besar, si anak pula tidak ambil peduli hal ibu bapanya. Ikatan kasih sayang dalam keluarga tidak kuat.

    c)  Ibu bapa sudah tidak menyumbang apa-apa lagi… Kalau dulu ibu bapa sebagai tempat untuk mendapatkan duit, tetapi selepas tidak bekerja…ibu bapa dianggap beban kepada anak-anak.

     d) Tidak ada saudara mara lain untuk jaga…. Atau tidak mahu menyusahkan anak-anak…

     Apa-apa pun alasan yang diberi, ingatlah…itulah ayah kita…itulah ibu kita….tanpa mereka, kita tiada di dunia ini….berbaktilah kepada mereka, selagi mereka masih bernafas di dunia ini…. Jangan menyesal di kemudian hari….cubalah anda bertanya kepada anak-anak yatim, apakah perkara yang paling dirindui mereka…. Pasti mereka akan berkata, ibu bapa mereka…


p/s: Sudah 5 tahun aku tidak tukar baju raya...tahun ini, aku ingat nak beli baju melayu warna merah pula =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...