nak ikut.....

Monday, April 16, 2012

Aku takut petir!!!

Aku pernah ditanya oleh seorang budak kecil….apa beza petir dan kilat??? Aku pun goreng je lah secukup rasa asalkan dia dapat terima…mentang-mentang lah yang tanya itu budak kecil heheh… Bagi aku kedua-duanya, sama ada petir atau kilat…aku tetap takut!!! Hahaha…

Sebenarnya, dulu tiada sesiapa pun tahu aku takut petir…Sebab aku simpan rahsia itu dengan rapi hehhehe...Tetapi sejak aku mula bekerja, dan kena balik waktu petang yang kebiasaannya akan hujan…maka terkantoi lah dengan kawan-kawan aku, yang aku takut petir….

Aku masih ingat lagi, ketika hendak balik kerja… hujan renyai-renyai… aku dan kawan-kawan aku lekas ke tempat letak motosikal….mereka ajak lepak di Mc Donald yang terdekat….Aku perhatikan kearah langit… ada cahaya kadang-kadang menerangi awan yang gelap di satu sudut langit….

“Mungkin kawasan sana sudah hujan lebat”, sangkaan aku.

Kawan-kawan aku,terus menghidupkan enjin motor dan bergerak ke Mc Donald… Aku masih lagi berdiri tegak di tempat letak motosikal…lagaknya seperti hendak menyanyikan lagu Negaraku….keseorangan!!! Aku masih tidak berani untuk bergerak… Aku tetap hendak tunggu sampai tiada lagi dapat aku perhatikan kilat sambung menyambung…. Walaupun tempat aku ketika itu baru hendak hujan renyai-renyai……

Apabila sudah aku yakin tiada cahaya yang kadang-kadang menerangi langit, baru aku berani untuk menghidupkan enjin motor dan bergerak ke Mc Donald….Ketika itu aku sudah lewat 30 minit…

“Apsal lambat sangat”, tegur kawan aku yang sudah menghabiskan burgernya…

“Oww aku sakit perut tadi, aku naik semula ofis dan melabur la”, aku cuba menipu dengan yakinnya… Takut aku di gelakkan oleh kawan-kawan aku, jika diorang tahu yang aku takutkan petir…

Aku pun memesan makanan aku dan bersembang dengan rancaknya…. Beberapa minit kemudian, kawasan Mc Donald mula hendak hujan… Kawan-kawan aku lekas ke motor mereka, sebab hendak pulang ke rumah….takut hujan semakin lebat…Aku perhatikan ke langit…ada cahaya kadang-kadang menerangi kegelapan langit itu….Aku mula gelisah, hendak bagi alasan apa ini…

“Eh Kj, cepatlah… nanti hujan semakin lebat”

“Korang balik dulu lah…aku hendak makan lagi ini”, itu je alasan yang terlintas dalam fikiran aku…

“Eh tak kenyang lagi ke??? Cepat lah kitaorang tunggu…”

“Yelah-yelah”, aku tiada alasan lagi untuk menolak… Aku pun menghidupkan motor aku dan bergerak dengan mereka….dalam hati aku penuh dengan debaran…rasanya semua istighfar, selawat, dan ayat-ayat al-quran yang aku hafal aku baca dalam hati heheh….Serius!!!...

Tiba-tiba….

Satu cahaya kilat memancar dengan terangnya….Aku boleh secara spontan..menekan brek motor…berhenti!!!....sambil menutup mata, dan mulut terkumat-kamit membaca sesuatu diatas motor….aku tak tahu apa yang aku baca hahaha… Semua kawan-kawan aku, perhatikan gelagat aku itu..mereka hanya tergelak sahaja… Esoknya aku menjadi bahan gurau di tempat kerja HAHAH….

Tapi kini, aku tidak malu mengaku yang aku takut kilat atau petir…sebab hampir setiap bulan kita akan mendengar ada orang yang akan mati kena panah petir….Petir itu membunuh!!! Heheh

p/s: Sudah lama aku tidak kena panahan cinta hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...