nak ikut.....

Monday, January 19, 2009

Aku pun nak beristeri muda la....

Bila aku baca berita di akhbar berita harian mengenai "lelaki tua dapat isteri muda panjang usia" aku tersenyum sendirian...manakala kawan perempuan aku baca sambil buat muka..macam x puas hati...."ko suka lah baca berita ni kan???"..Nak aje aku jawab, semua lelaki mestilah suka berita ini melainkan dia bukan lelaki tulen..(faham2 sendirilah maksudnya...)..haha
Berita ni bukan saja aku reka2 tau tetapi telah dijalankan penyelidikan oleh penyelidik Universiti Stanford dan Universiti California-Santa Barbara...Jadi kesahihannya boleh dipercayai hahah.. Pasti sekarang kaum hawa x senang duduk, terutamanya para isteri kerana alasan ini boleh dipakai oleh para suami untuk memenuhkan koata yang masih kosong....

suami: Ayang sayang abang tak??
Isteri: Tentulah ayang sayangkan abang...
Suami:Ayang sanggup tengok abang mati dulu ke??
Isteri:Ayang xsanggup...kalau boleh biarlah kita SEhidup SEmati bersama...
Suami:Klu ayang x sanggup tgok abg mati dulu, benarkanlah abg kahwin dengan perempuan muda??(sambil menunjukkan akhbar tanpa rasa bersalah...)

p/s:Aku nak simpan lah keratan akhbar ni...mana lah tahu berguna untuk masa hadapan ke??hahah

Sunday, January 18, 2009

Kuatnya iman mereka....

Hari ni sementara hendak tunggu mandi, aku bacalah berita2 terkini di akhbar secara online.. sejuk ooohh mandi pagi2 ni...x tahan...sedang aku baca akhbar berita minggu (http://www.bharian.com.my), aku tersentuh dengan satu berita iaitu "azan tetap bergema di Gaza"..aku terus membaca isinya...baris demi baris...sesudah habis membacanya aku terasa bangga dan sedih ...bercampur semuanya...
Aku terasa bangga kerana penduduk islam palestin tetap bergegas ke masjid sebaik mendengar azan dilaungkan untuk bersolat berjemaah...mereka tidak sedikit pun rasa takut terhadap serangan israel..walaupun mereka tahu, masjid tidak terkecuali dari serangan tersebut...sehingga hari ini, hampir 50 masjid telah dimusnahkan oleh israel..Pada hari serangan tentera rejim memusnahkan masjid, mereka ketakutan tetapi apabila mendengar laungan azan, semangat mereka pulih kembali...betapa kuatnya iman mereka...jika aku di tempat mereka, mesti dah lama aku duduk dirumah saja..
Aku berasa sedih kerana iman aku tidak sekuat mereka..aku jarang2 pergi masjid walaupun duduk di negara Malaysia yang aman...aku pergi pun jika ada kelapangan saja atau tengok mood...lemahnya iman aku..kekadang aku terfikir, layak kah aku memasuki syurga Mu, Ya ALLAH...

Friday, January 16, 2009

Aku & Singki..

Jam kat tangan dah menunjukkan pukul 10.30 pg ni..Ish kena cepat2 makan ni...kejap lagi ada kelas pkul 11 plak....biasalah kehidupan sebagai seorang pelajar..study!study!..aku ni seorang yang jenis x cerewet bab2 makan...yg penting mesti ada lauk ayam (bukan sebab aku ibu ayam yerk)...senang sape yg jadi bini aku, masak lauk ayam je..!!huhu
Selepas siap ambil semua lauk yg berkenan di hati dan bayar, aku pun lekas2 la duduk kat meja makan,sambil menunggu member aku, si mat (bukan nama sebenar) bayar makanannya...aku ni jenis yg suka duduk hampir dengan singki @ tempat basuh tangan..mudah sikit untuk membasuh tangan...hulur saje tangan tu..(raja segala malas)
Mat pun datang kat meja, dan letak makanannya lalu pergi basuh tangan di singki yang berhampiran dengan aku....aku dah siap2 tadah tangan ni nak baca doa..x sabar nak makan ayam goreng...uish lazatnya...memang sangat lapar ni..meleleh air liur tngok ayam goreng... dalam ingatan aku hanya ayam goreng je...
Krrookk!!Krroookkk!! hark tui...aku terdengar bunyi yang dikeluarkan oleh Mat..aku pun toleh.. pandang ke arah Mat...aku lihat Mat sedang berusaha keras untuk mengeluarkan sesuatu...dan hasilnya cecair warna hijau + sedikit kuning...Ish Mat ni potong stim r...hilang selera makan aku.. yang dia pegi buang kahak time nak makan ni apasal???selepas tu boleh plak tu dia duduk depan aku sambil makan dengan gelojohnya...siap kata.."kj cepat r makan, dah nak masuk kelas ni??"..ish mat ni..x ada perasaan langsung...aku x jadi makan...puasa sunat aku ari tu..huh..apa jadi dengan ayam goreng aku??aku bg mat makan lah..Bye ayam goreng aku...sejak ari tu aku membuat keputusan untuk berpisah dengan singki...dah tidak duduk dekat dengan sinki lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...