nak ikut.....

Sunday, February 1, 2009

Susahnya nak memahami seorang wanita.....

Entri ini terkeluar bukan sebab aku anti gurl..malah cuba untuk memahami dan mendekati kaum hawa ni...aku ramai kawan gurl dan pernah gak alami situasi dimana aku x faham apa yang sebenarnya diorang nak…aku pening r..susah betul nak fahami gurl ni.., aku x faham apa yang dia suka dan apa yang dia benci.Bukan diorang nak beritahu pun kat aku…diam membisu..Bila aku dah buat silap, tarik muka…muncung panjang kalah cencurut…Padahal aku sendiri pun x tahu apa yang dirajukkan…boleh pening memikirkannya..Aduhh bleh gugur rambut rebonding aku macam ni..BOTAk!!

Ini lah cencurut...utk sape2 yang tak kenal.. comelkan

Betul ke gurl ni sukar di fahami??Kalau tanya kat gurl mesti diaorang kata lelaki yang sebenarnya sukar difahami…ntah lah…hanya gurl yang betul2 memahami gurl.. contohnya seperti situasi ini yang aku pernah alami sendiri…masa tu aku betul2 bz, n kawan perempuan aku ni ajak keluar jumpa.. kata ada hal penting…tetap bertegas nak jumpa.. aku pun jumpa sebab dia kawan lama aku n nanti merajuk pula jika x jumpa… tapi masalahnya, bila dah jumpa ajak makan n borak2 kat warung je…apa sebenarnya yang dia hendak ni??mana hal penting tu??. Ish2 pening kepala aku..

p/s: Masih cuba memahami wanita…sape nak jadi cikgu aku??..kriteria terpenting mestilah seorang wanita..hehe

Friday, January 30, 2009

Mengidam semasa mengandung??Arghh peningnya aku!!

Tahukah anda terdapat wanita mengandung yang mengalami keinginan yang sangat tinggi untuk makan sesuatu. Keadaan ini di panggil sebagai MENGIDAM bukan MENGADA k. Apasal tetiba tajuk entri aku ari ni pelik je....haha..sebenarnya semalam aku dinner sambil ditemani 3 orang gadis jelita (ye ke??), antara tajuk perbualan mereka adalah mengenai mengidam ketika mengandung lah...

Ada pakar perubatan mengatakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dan seterusnya meningkatkan kepekaan deria bau dan deria rasa pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Jadi tidak hairan lah berlaku alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon tersebut.

Ada wanita mengandung mengidam coklat atau nasi beriani yang dijual di kedai berhampiran sahaja. Itu tak pe..mudah diperolehi..tapi kadang-kadang permintaan untuk menikmati makanan yang diidamkannya boleh timbul bila-bila masa saja termasuklah pukul 2 @ 3 pagi (kesian kepada para suami…tapi tak pe sebab sayang isteri punya pasal). Cuba lah korang bayangkan macam mana aku nak melayan kerenah2 isteri2 aku yang mengidam nanti??PARAH!!

Mengidam boleh mendatangkan MASALAH apabila ibu mengidam sesuatu yang pelik seperti benda yang bukan makanan atau "pica" seperti ingin memegang hidung harimau, mengidam pengilat kasut (kiwi), mengidam minum air buih sabun dan sebagainya. Ada juga yang suka cium seluar dalam sewaktu mengandung. Jadi, terpaksalah suami dia menyorok semua seluar dalam termasuk yang bersidai di ampaian...ish2 dahsyatnya...Kalau x silap aku, mak aku mengidam mangga masam ketika mengandungkan aku...sebab tu aku suka air mangga.. (cuba bayangkan, jika ada ibu mengandung mengidam bau ketiak suami...apa jadi dengan anak dia nanti??huhuhu). Tetapi jika seseorang ibu itu mengidam bau ketiak suami yang berpeluh..ia sebenarnya bagus walaupun kelihatan geli...emosi ibu yang mengandung adalah tidak stabil, maka pelukan daripada suami dan bau badan suami itu sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung.

Apa jadi kalau tak penuhi permintaan ibu mengandung yang mengidam?? Kata orang2 tua, nanti air liur anak itu sentiasa meleleh...erm..entahlah,kalau x caya cubalah..huhu

p/s:Boleh buat bisnes ni kalau jual peluh para suami di pasar malam. Sebotol RM 5..ok tak??huhu

Thursday, January 29, 2009

midnight movie - INKHEART

Semalam tngah leka tngok tv..tetiba aku dapat msj dari member aku ajak kuar...aku ni pantang klu orang ajak kuar,lebih2 lagi bila dah x tahu nak buat apa di rumah...aku setuju je..walaupun dah tahu lewat malam...jam menunjukkan pkul 11 malam..aku pun siap2...member ajak g tngok wayang.. xpasti lagi nak tngok citer apa...aku, adam n syuk pun pergilah ke panggung wayang terdekat...sampai saja d panggung wayang, tngok lah senarai filem yang ada...aku ni x ambil pusing langsung filem terkini yang ada...rasa nak tngok wayang g je panggung pastu baru plih filem mana nak tngok hahaha...ingat x nak tngok filem mat saleh sebab nak boikot..tp aku n member plak x suka tngok filem melayu kat panggung...rugi sangat...filem melayu ni x berkualiti r..(bukan aku x patriotik k)..terima realiti k...lagipun tunggu je kat astro..mesti akan disiarkan nanti..betul tak??

Last2 kitaorg pilih filem "Inkheart" untuk tayangan jam 12.30am...alamak ada sejam lagi ni... kitaorang pun lpak kat kedai mamak..borak2 mengenai perkembangan masing2...especially aku yg terlebih 'kembang' ni....biasa r dah lama x jumpa...dekat2 nak jam 12 am..kitaorang masuk panggung...bleh plak tersilap masuk panggung tu..patut r x ada orang...sunyi je...

Secara keseluruhannya filem ni mengambil masa 106 minit...ia mengisahkan mengenai seorg pencinta buku,Mo (lakonan Brendan Fraser) yang mempunyai kuasa untuk membawa watak2 di dalam buku keluar ke dunia sebenar ni dengan hanya membaca dengan kuat...Pada mulanya, Mo membacakan buku "inkheart" untuk anaknya,Meggie (Eliza Bennett)..disebabkan ia dibaca dengan kuat, maka watak2 di dalam buku itu seperti Capricon, Dustfinger dan lain2 keluar ke dunia ini manakala sebagai ganti isterinya termasuk ke dalam dunia buku itu. Apakah yang terjadi pada isterinya?? Bagaimanakah kesudahan cerita ini??Untuk mengetahuinya, pergilah menonton di panggung yang berdekatan.. Secara keseluruhan, aku suka plot ending cerita ni dimana pertarungan berlaku...rasa teruja sangat...n aku nak bg 7.5/10 untuk filem ni...Agak best r..bila la filem Malaysia nak capai tahap macam ni??..apa2 pun Selamat menonton yerk!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...