nak ikut.....

Friday, May 1, 2009

Petua menambah berat badan…

Anda terlalu kurus??

Terasa nak melayang jika ditiup angin??

Anda jangan risau…ikutilah petua menambah berat badan yang aku telah amalkan ni…di jamin berkesan…kerana aku telah cuba terlebih dahulu….dan korang boleh lihat hasilnya sekarang…jika tidak berkesan….wang anda akan dikembalikan…tapi petua ni x perlukan sebarang bayaran pun hahah.. ok la ni nak citer skit, dulu aku terlalu lah kurus bagi orang yang tinggi seperti aku ni… ramai yang jeles dengan kekurusan (ada ke perkataan ni??) aku.. tapi aku x suka la terlalu kurus…aku nak tengah2..means x terlalu kurus atau gemuk…aku x percaya langsung dengan ubat2 tambahan atau pun appeton weight gain tu…jadi aku amalkan petua aku sendiri…dan hasilnya aku telah tambah 10 kg dalam 2 semester aku belajar di UTM (kira setahun la)…ya ampun…bnyaknya lemak aku…Berikut adalah petua aku:-

1. Mestilah makan dengan banyaknya…paling kurang dalam sehari mesti makan 2 kali…masa nak ambil makanan tu, ambil pinggan paling besar jadi walaupun kita ambil nasi dalam kuantiti yang bnyak tetapi terasa seperti sikit juga.

2. Lepas makan, mesti terasa mengantuk…jadi lekas2 lah pergi basuh kaki dan tidur…setiap minit waktu tidur berharga untuk menambahkan berat badan anda…

3. Jika ada orang ajak anda berjogging…anda turut serta juga tetapi dengan naik motor…biarkan rakan anda berjogging keseorangan tetapi anda mengikutinya dengan motor…

4. Tetap naik motor juga..walaupun hendak pergi ke bilik member seberang jalan…aku selalu buat masa nak pergi bilik ehsan…hahah

5. Pastikan pengambilan makanan2 berlemak dan air karbonat tidak pernah miss dalam seminggu..

6. Pastikan lauk anda ada ayam setiap kali waktu makan…

Selamat mencuba…..

Sebelum....

Selepas...

P/s: aku percaya jika seseorang itu mencintai kita...dia akan menerima kita seadanya....hahah

p/s/s:selamat hari pekerja kepada semua pekerja dan bakal menjadi pekerja (seperti aku ni) huhuh

Thursday, April 30, 2009

Rumah Banglo untuk dia…

HAri ni aku ada paper aircond…soalan boleh tahan la…dari 4 soalan, aku jawab 2 soalan dengan confident dan tak tngok kiri kanan dah…tangan laju je tulis…masuk je soalan ketiga..aku dah blur…tu lah study last minit..aku pon toleh kearah ehsan, yang kebetulan duduk di sebelah aku…dia pun toleh kearah aku dengan muka yang penuh bergarisan di dahi…berkerut masam huhu…kami saling pandang memandang….main cak!cak!...skali aku tngok dia blur pun pada soalan yang sama dengan aku…ADOi!! Baru ingat nak tanya..hahaha…habis saje paper tu, aku terus call roy ajak makan….aku benda lain boleh ditinggalkan, tp bab makan…ish x bleh r…kami pun terus g makan kat warong belakang petronas… pastu aku tngok ada duit lebih…aku pun g beli satu banglo untuk dia…bukan untuk roy…tapi untuk buah hati aku… hamster2 aku la….bagi rumah besar sikit la…kesian 8 ekor duduk dalam rumah kecik je…dah lah ari tu lahir 3 baby…kesemua mati kena makan…biasa lah duduk ramai2…ari ni lahir lagi 1 baby….harap2 dapat hidup sihat membesar sehingga dapat membuka mata dan melihat mukaku ini hahahha…aku tngah berlatih kalau aku ada anak nanti huhu…ala anak abah....

Tuesday, April 28, 2009

Ish dia dah datang akhirnya

Akhirnya yang ditunggu2 dah datang…esok startnya aku paper exam subjek mekanikal…adoi!! X faham2 lagi ni..cam ne nak jawab esok…bertawakal je lah…jadi aku akan slow berblogging sampai ari sabtu… Berikut adalah jadual exam aku….structural analysis (29/4), refrigeration and air-conditioning (30/4) dan safety (2/5)….peringatan….korang semua jangan buat bising sampai ganggu aku study tau…INGAT!!kalau korang nak komen, senyap2 je tau ..jangan sampai aku sedar korang komen…kalau tidak…aku akan balas komen korang la hahha ya ampun!! Aku dah ketagih berblog…mcm mana ni???

p/s: Pak Ngah aku telah meninggal dunia pukul 11 pagi tadi…sedih!! Aku x dapat balik..sebab esok n lusa aku ada paper final…semoga rohnya dicucuri rahmat…AL-Fatihah

P/s/s: Pukul 11 pagi tadi gak hamster aku lahirkan 3 ekor baby….tapi 2 dah mati…sebab kena makan dengan hamster2 lain….sedih gak…MOOD SEDIH… :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...