Semalam, cuti umum sempena hari keputeraan agung..Jadi aku mengambil kesempatan untuk keluar berjalan-jalan (haha ayat aku mcm aku dah keje plak..). Aku dan Roy telah bersepakat untuk tengok filem Jangan Pandang Belakang Congkak (JPBC) di panggung wayang, Mines..Kenapa kat Mines?? Sebabnya.. pastu nak pergi gak Read Malaysia’09 International Book Affair (akan aku citer dalam next entri)…
Aku gigih bertolak dari rumah jam 9.30 pagi…sebab tayangan early bird JPBC adalah pkul 11 am…aku ingatkan sempat sampai..tetapi terlewat 15 minit…ini semua sebab Komuter la…lembap…habis aku “ditembak” oleh Roy dari Komuter Serdang sehinggalah ke Mines…hahah…Sampai kat panggung wayang nya…kitaorang tngok next show JPBC adalah pkul 1 pm..ada dalam sejam setengah kena tnggu.. tak kira…aku dah berikrar..hari tu juga kena tngok JPBC…sebab dengar ura2 cam best je…aku beli lah 2 tiket wayang dan biasanya aku akan plih sit line J haha (klau nak cari aku..tngok kat line J r…)..sementara nak tnggu pukul 1 tu kitaorang pergi lah melantak apa yang patut…
Pkul 1pm, kami pun masuk k panggung wayang…tetapi Roy nak beli pop corn gak walaupun kitaorang dah makan tadi….katanya tak best kalau tak kunyah something dalam pnggung wayang n tngok orng lain makan je.. haha bleh plak alasan tu kan….
Aku msuk panggung..terkesima aku..ini lah first time aku tngok wayang hampir penuh kerusinya diduduki…x hairanlah kalau filem ini boleh box office nanti… Tayangan JPBC pun bermula…cerita ni memang kelakar…tetapi agak lmbat “panas” la…dalam setengah jam pertama, aku boleh menghitung berapa kali je aku gelak….efek seramnya pun suam2 kuku… memang la ini filem seram komedi…tetapi rasa mcm x menjadi je..ada rasa ‘kekurangan’ sesuatu… setakat 30 minit tayangan JPBC, aku boleh bagi 1.5 dari 5 bintang…tetapi kenapa 30 minit je aku tngok dan nilai?? Adakah aku tertidur selepas itu??
SEBENARNYA….
Seluruh panggung wayang tersebut terputus bekalan elektrik…ntah lah..menurut kakitangan di situ, bilik bekalan kuasanya terbakar…bleh plak diorang minta penonton wayang semua datang minggu depan utk menyambung tngok filem masing2…ingat masa kitaorang ni just utk tngok wayang je ke??x kira nak gak balik duit wayang tu…last2 diorng terpaksa memulangkan balik duit kami…setakat 30 minit tygn JPBC yang aku dah tngok tu, aku x terlintas utk tngok smbungan cerita tu…Duit RM 10 aku selamat…hehe
p/s: kan best kalau blackout dekat2 nak habis cerita tu….dapat tngok wayang + dapat tuntut balik duit haha