Hari tu aku keluar dengan roy jalan2 kat midvalley…lepas tak tahu apa nak dibuat lagi kat Mid Valley tu…kitaorang pergi ke MPH..ala xkan tak tahu?? Tu kan kedai buku…saja2 nak tngok buku apa yang terbaru…sambil tu bleh baca free (point utama) dan hilangkan kepenatan…lagipun Roy kata nak cari buku kesalahan2 dalam ibadah solat…untuk bagi kat dia nya supervisor praktikal kot…dari kat pameran READ MALAYSIA ari tu lagi, dia cari buku tu…. Akhirnya jumpa gak buku tu kat MPH…Selepas itu, kitaorang ambil lah beberapa majalah…roy ambil kreko/arena dan aku ambil majalah Ujang..kitaorang pun mencari port yang baik untuk baca majalah tu secara percuma hahahah..ish korang jangan tak tahu, kat situ memang ramai yang baca percuma…rugi lah siapa yang tidak ambil peluang tu…sedang khusyuk dan tekun nyer aku membaca majalah Ujang itu, aku terperasan dua orang makhluk (satu perempuan & satu pengkid) datang dekat dengan kawasan aku duduk tue…aku masih teruskan dengan bacaan aku tu…
TIBA-TIBA…..aku terdengar sesuatu..
Perempuan: Eh, dia baca majalah ujang lah…
Aku tersipu-sipu malu sebab diperkatakan dan diperhatikan oleh mereka…Sambil tu telinga aku terpasang macam piring Astro untuk mendengar perbualan mereka…
Pengkid: Kesian…tak mampu nak beli la tu..
Aku tersentap gler dengar ayat si pengkid tu..aku terus bangun dan simpan majalah Ujang tu dan ajak Roy keluar dari MPH tu…Salah ke kami membaca majalah itu secara percuma?? Kerajaan perlu menyaman si pengkid tu sebab dia telah menggagalkan usaha murni kerajaan untuk membudayakan membaca di kalangan rakyat Malaysia.
p/s: Aku tahu si pengkid tu jeles dan terasa tergugat kerana awek dia berkenan pada aku tu hahahha