nak ikut.....

Thursday, June 18, 2009

Zoo Rumah Kedua Aku??

Ish jangan salah faham plak dengan tajuk entri aku kali ini…aku bukan ada sedara mara mahupun kenalan di zoo…tetapi aku suka sangat g zoo…kalau aku turun sesuatu tempat/negeri yang tak pernah aku pergi…aku akan singgah shopping complex yang terkenal di situ dan zoo nyer… kenapa zoo?? Entah lah, aku rasa aman dan hilang segala tekanan yang aku alami jika melawat zoo…Antara zoo2 yang pernah aku pergi ialah:-

a) Zoo Negara
Ini adalah zoo yang paling kerap aku kunjung…yelah sebab dekat je dgn rumah aku…paling last aku pergi ke situ adalah dengan Roy…tetapi just lepak kat luar pintu pagarnye je…Sebab apa?? Ini lah yang nak diceritakan…kitaorang gigih beli pelbagai stok makanan..ala2 mcm nak berkelah dalam zoo Negara tu..setibanya kitaorang nak beli tiket masuk…mak oii mahal kemain..dah naik brapa kali ganda ntah..selepas membuat pertimbangan sewajarnya..kami x jadi msuk..just berkelah di luar, menghabiskan makanan yg dibawa tu..sambil tngok awek2 yang lalu lalang… berbaloi kan??hahah

b) Zoo Melaka
Ini juga antara zoo yang kerap aku kunjungi…biasa lah dekat dgn kampung aku…kalau x pergi, baik aku x mengaku jadi anak orang Melaka hahahha

c) Zoo Kuantan
Roy telah membawa aku mengunjungi zoo ni ketika aku lepak seminggu di rumahnya dulu. Zoo ini agak kecil dan tiada bayaran masuk dikenakan..tapi x kisah lah…asalkan ada haiwan di dalamnya hahah

d) Zoo Johor
Ni kira zoo yang terkini aku kunjungi…bayaran masuk agak berbaloi dan logik akal lah berbanding zoo Negara….Haiwan2 nyer agak banyak dan sihat2…



p/s: Selamat bercuti-cuti Malaysia...

p/s/s: Apsal eh orng x bela hamster kat zoo tapi angsa dan itik diorang bela?? Adakah hamster di anak tirikan??

p/s/s/s: teringin sangat nak pergi zoo taiping..Bila lah bleh pergi??

Wednesday, June 17, 2009

Salah ke aku baca free??

Hari tu aku keluar dengan roy jalan2 kat midvalley…lepas tak tahu apa nak dibuat lagi kat Mid Valley tu…kitaorang pergi ke MPH..ala xkan tak tahu?? Tu kan kedai buku…saja2 nak tngok buku apa yang terbaru…sambil tu bleh baca free (point utama) dan hilangkan kepenatan…lagipun Roy kata nak cari buku kesalahan2 dalam ibadah solat…untuk bagi kat dia nya supervisor praktikal kot…dari kat pameran READ MALAYSIA ari tu lagi, dia cari buku tu…. Akhirnya jumpa gak buku tu kat MPH…Selepas itu, kitaorang ambil lah beberapa majalah…roy ambil kreko/arena dan aku ambil majalah Ujang..kitaorang pun mencari port yang baik untuk baca majalah tu secara percuma hahahah..ish korang jangan tak tahu, kat situ memang ramai yang baca percuma…rugi lah siapa yang tidak ambil peluang tu…sedang khusyuk dan tekun nyer aku membaca majalah Ujang itu, aku terperasan dua orang makhluk (satu perempuan & satu pengkid) datang dekat dengan kawasan aku duduk tue…aku masih teruskan dengan bacaan aku tu…

TIBA-TIBA…..aku terdengar sesuatu..

Perempuan: Eh, dia baca majalah ujang lah…

Aku tersipu-sipu malu sebab diperkatakan dan diperhatikan oleh mereka…Sambil tu telinga aku terpasang macam piring Astro untuk mendengar perbualan mereka…

Pengkid: Kesian…tak mampu nak beli la tu..

Aku tersentap gler dengar ayat si pengkid tu..aku terus bangun dan simpan majalah Ujang tu dan ajak Roy keluar dari MPH tu…Salah ke kami membaca majalah itu secara percuma?? Kerajaan perlu menyaman si pengkid tu sebab dia telah menggagalkan usaha murni kerajaan untuk membudayakan membaca di kalangan rakyat Malaysia.

p/s: Aku tahu si pengkid tu jeles dan terasa tergugat kerana awek dia berkenan pada aku tu hahahha

Tuesday, June 16, 2009

Abang KJ @ Kau??

Aku rasa janggal bila dulu dia panggil aku ‘Abg KJ’ tapi sekarang dia mula panggil dengan gelaran ‘kau’ sahaja untuk menggambarkan diri aku ketika berbual..Mula-mula aku x biasa, rasa macam pelik dan hendak tergelak sahaja…Masa permulaan perkenalan antara aku dan dia, dia membahasakan dirinya ‘saya’ dan untuk aku..dia panggil ‘abang KJ’ini sebab aku tidak pernah memberitahu umur aku padanya…mungkin sangkaan dia..muka aku ni mencerminkan orang yang berusia…aku tak tahu sama ada aku perlu berbangga atau pun tidak dengan keadaan itu…setiap ari aku tonyoh muka aku dengan kulit pisang supaya licin dan awet muda hahah (aku dengar petua ni kat radio…betul ke??)..tetapi semuanya terbongkar apabila dia terjumpa kad pengenalan aku… rupanya aku hanya tua beberapa bulan daripadanya…aku memang dah tahu sejak awal lagi yang kitaorang hampir sebaya..hahaha…sejak itu dia mula menggunakan pangilan ‘aku & kau’. Aku tak kisah pun panggilan apa yang hendak dia guna..asalkan sikap dia masih sama macam dulu….huuhu…so aku nak berpesan ni…jangan ingat aku yang rupa mcm bapa mithali ni dah berkahwin k hahahah… kesimpulannya don’t judge a man from his face but judge a man from his ______ (korang isi la sendiri..tapi x bleh lucah k)…hahah

p/s: korang jangan ingat AS dan Roy tu masih budak sekolah menengah tau…diorang tu sebenarnya dah layak jadi mak & ayah budak hahah

p/s/s: Budak perempuan berumur dalam lingkungan 17-22 tahun saja yang boleh panggil aku abang KJ eh hahah...lagi panjang diorang sebut 'abang'...lagi aku sayang hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...