nak ikut.....

Thursday, June 25, 2009

Bestnya jika ada kembar…

Aku masih ingat lagi..ketika aku form 1..aku slalu terfikir alangkah bestnya jika aku ada kembar… boleh ajak berborak dan bermain bersama…tak payah nak terjerit2 panggil jiran sebelah ajak bermain hahhaah Aku dari kecil selalu dikelilingi oleh orang2 kembar…ramai gak pasangan kembar yang aku kenal…Afiq-Afif, Azlan-Azmir,Wan-Aie dan ramai lagi la…tapi aku terkejut gak bila g rumah along kat pasir gudang.. banyak nyer pasangan kembar kat situ…ayah angkat aku pun kembar juga…tapi aku tak tngok lagi kembar ayah angkat aku tu…adakah kawasan pasir gudang tu, mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mendapat kembar?? Jika YA, terasa gak nak cari calon kat kawasan tu hahahah


Aku pernah dengar orang kata, dalam dunia ni akan ada 7 orang yang muka hmpir sama dengan kita...dulu aku x percaya...tetapi selepas kejadian di pusat tusyen semasa aku form 3, dimana ada budak form 2 beria2 kata yg aku senior kat sek menengah dia...aku menafikan sebab memang aku bukan pelajar sekolah tue dan aku x kenal budak tu...tetapi dia kelihatan bersungguh2....last2 aku iyakan aje supaya dia rasa tenang dan tenteram haha... mungkin ini helah nak berkenalan dgn aku kot (terperasan plak aku ni hahah)...dulu aku memang guna taktik tu...klu aku nak berknalan dgn seseorang aku akan start cakap..."eh muka awak mcam kawan saya lah""eh muka awak macam adik saya lah""eh muka awak macam makcik saya lah" dan sebagainya....sekarang dah tak k!!! klu aku ckap mcm tu, bermakna memang aku maksudkannya...aku dah berubah hahah

p/s: Dulu2 aku selalu bercakap depan cermin…konon2nya aku bercakap dengan kembar aku lah hahah

Wednesday, June 24, 2009

Aku perlu memilikinya…

Dulu masa gelombang pertama serangan virus influenza A (H1N1) kat Negara kita ni..aku buat tak tahu je…xpernah ambil kisah untuk mengetahui mengenai virus itu…malah x pernah berusaha untuk mencegahnya…Tetapi apabila gelombang kedua serangan virus bab* (nama pendek virus ni hahah) melanda..membuat kan mata aku tercelik untuk mengetahui dan mencegah virus ni…mana tidaknya.. selepas beberapa sekolah diarahkan tutup dan kes tersebut telah meningkat kepada 68 kes..membuat kan aku perlu berasa takut juga walaupun sedikit…

Aku telah berniat…aku mesti mencegah virus tersebut daripada sempat ia singgah kat diri aku nie… ya aku mesti memiliki satu penutup mulut…ish mana aku nak cari penutup mulut warna hijau ni?? Yang serupa macam dia…Comel je aku tngok dia pakai hahah… bila mata aku bertentang dengan mata dia…hati aku mula berdebar2…berdengup dengan kencang…aku mula berpeluh dengan banyaknya…Kenapa?? adakah ini bermakna aku mula dapat kesedaran dan takut kepada bahayanya virus influenza A (H1N1) selepas aku melihat gadis ini?? Aku tekad aku mesti memilikinya…PENUTUP MULUT itu..

Jujur lah berkawan, wahai kawan siber…

Terbitnya entri nie setelah aku berkenalan dengan seorang rakan siber di YM…Untuk makluman korang, aku join friendster, facebook, yahoo messenger (YM), blog dan banyak lagi adalah semata-mata untuk mencari kawan baru dan berkenalan dengan ramai orang…selain aku dapat keep in touch dengan kawan-kawan lama…

Aku mencari kawan siber bukan kerana aku x ada kawan dalam dunia realiti..tetapi aku memang suka berkawan…bukankah berkawan biar seribu berkasih biar satu?? Dengan dunia siber, kita boleh berkawan dengan ramai orang di pelosok dunia ini selagi diorang terima rangkaian internet ini haha… tetapi satu je masalah jika berkawan dalam dunia siber ini…iaitu KEJUJURAN…

Berbalik kepada rakan yang aku berkenalan di YM ni..aku panggil dia S aje bleh??(bukan nama sebenar haha)…aku x tahu dari mana dia dapat YM aku.. Dia kata nak berkawan dengan aku, aku x kisah pun berkawan dengan sape2…aku ni jenis yang x memilih kawan dan x suka mencari musuh…walau pun aku tahu ada orang yg hendak bermusuh dgn aku…xpe2 aku tetap anggap dia kawan aku…ok S ni pun ber YM dengan aku…aku layan mcm kawan lah…last2 dia minta gambar aku..aku just bg link frenster aku…pandai2 lah dia tengok sendiri hahah.. aku pun mnta gmbar dia…dia pun bglah…tapi dia tersilap langkah apabila dia send beberapa gambar kononnya gambar dia tetapi yang sebenarnya adalah gambar kawan baik aku…ish apa la…nak tipu pun biar lah bijak skit…aku balas kat S…apsal dia tipu?? X yakin dgn rupa sendiri ke smpai guna gmbar orng lain…sejak ari tu S x berhubung dgn aku lagi…Aku x pernah kecewa jika dipinggirkan oleh kawan2 tetapi Aku kecewa, jika tiada kejujuran dalam berkawan. Bukan bersedih, bila diri disakiti tetapi Teramat pedih diri, bila dikhianati.

Ish tetapi ada juga kawan siber aku yang baik dan jujur…seronok berkawan dengan mereka… seperti Annas, Ain, Reza, Wawa, Nash, Azam dan ramai lagi (kalau sebut semua, panjang plak entri ni jadi korang just isi kat tmpat kosong ni __________ hahaha )


p/s: 1 hari CINTA dan KAWAN b'jln2 dlm kampung. Tiba2 CINTA terjatuh ke dlm telaga. KENAPA?? krn....CINTA itu buta. Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dlm telaga. Knp?? kerana...Kawan akn buat apa saja demi CINTA. Di dlm telaga CINTA hilang..Kenapa?? kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, apatah lagi dlm telaga yg gelap. Sedangkan KAWAN masih tercari dimana CINTA dan terus menunggu. Kenapa?? kerana...KAWAN ITU SEJATI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...