nak ikut.....

Monday, July 6, 2009

Aku belum pernah mengundi….

Walaupun usia aku semakin menginjak naik, tapi aku blum pernah sekali pun merasa membuang undi dalam Pilihan Raya…Kenapa?? Sebab aku baru mendaftar kan diri setahun yang lepas sebagai pengundi yang sah haha…tak main lah pengundi hantu ini…Ini pun selepas aku mendapat kesedaran sebagai rakyat Malaysia sejati (cewah tetiba patriotik plak hehe)…sedangkan niat utama nak dapat cenderamata yang diberikan secara percuma jika mendaftar heheh….

Sekarang ni, negara kita sekali lagi terasa bahang pilihan raya terutamanya penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai la….Hari ini merupakan hari penamaan calon…Keputusan Pilihan Raya ini amat penting kerana ia menjadi tanda aras kepada kedua-dua parti yang bertanding (BN & PAS). Aku x pernah kisah pun sape2 yang menang, tapi aku harap calon yg menang itu akan kotakan janji dan melaksanakan tugasnya sebaik mungkin…jika tidak, tunggu lah plhan raya seterusnya… xada lg undi buat mu…

p/s: aku pernah sekali je AFUNDI pelajar AF….sebab aku rasa dia memang berbakat…tapi hari aku undi dia, dia pun tersingkir huhhhu…sape plajar tu??mana bleh bg tahu…kesimpulannya, jangan lah suruh aku mengundi..nanti kalah hahhaa

Saturday, July 4, 2009

Aku mula suka tenis

Aku mula berjinak-jinak main tenis ketika aku kat matrik Pahang.. Masa tu aku tngok member aku, Syazwan main tenis cam best je…Dalam fikiran aku, jika seseorang tu tahu main badminton maka dia secara automatic akan reti main semua sukan yang menggunakan raket seperti tenis, squash atau ping-pong... tapi sangkaan aku meleset sama sekali..masa aku main tenis, aku banyak berpeluh kerana asyik kutip bola je…penat..dan aku stop tak main tenis apabila orang gelakkan aku sebab terpukul bola tu keluar dari gelanggang…

bila kebosanan...

******
3 tahun kemudiannya, ketika aku belajar di UTM…minat aku terhadap tenis mula berputik kembali..Ehsan dan Wan selalu ajak aku main tenis…tapi kitaorng main waktu malam je…dlm pukul 11 ke atas…kat kolej perempuan hahah (motif sangat main kat kolej gegurl!!)… jadi x ada la sape2 akan gelakkan kat aku jika bola terkeluar lagi huhu…tak ada la aku terror sangat main, tapi just utk pukul2 dan compare dengan kawan foreigner Wan…kira aku lagi better la (terperasan jap hahah)
ni la ehsan..klau nak berkenalan dgn dia just mintak no dia kat aku eh..aku x kedekut haha

******
Dan hari ini akan berlangsungnya pertemuan Venus-Serena bagi merebut trofi Wimbledon kategori wanita.. Mesti tngok ni…Hadiah2 yang ditawarkan agak lumayan…tempat pertama dan kedua sudah menjadi milik keluarga Williams…memang kaya la…tapi bukan mudah untuk menjadi yang terbaik kan…
bila lah dapat main tenis dgn diorng lagi nie..

Sunday, June 28, 2009

Mampukah Filem berdakwah??

Rasa kelakar apabila ada pengarah atau penerbit filem mahu bikin filem yang ada unsur2 dakwah.. Betul ke mereka serius hendak berdakwah atau nak kaut keuntungan semata-mata?? Aku rasa dah terlalu banyak drama dakwah kat TV yang boleh ditonton secara percuma tetapi masalah sosial x pula berkurangan malah bertambah pula…ini sape nak jawab?? Yang terbaru Pengarah Raja Azmi gigih hendak membuat filem pasal hubungan terlarang – GAY yg aku pun tak tahu judul tetapnya lagi (asyik tukar2 je. haha)…

Dari plot penceritaannya memang akan menarik orng untuk menonton filem ini, tetapi perkara utamanya mampukah ia berdakwah dlm masa lebih kurang 2 jam tayangan?? Sedangkan penonton yang hendak didakwahnya telah berlajar ilmu agama bertahun-tahun pun tidak mampu berubah inikan pula dalam masa 2 jam… Aku bukan anti mana-mana pihak yang berusaha melakukan sesuatu untuk tujuan berdakwah, tetapi biar lah realistik sikit… aku harap filem ini akan lebih dakwah nya daripada perkara lain.. means 15 minit pertama just tunjuk hbungan gay dan yang baki tayangan menunjukkan kesengsaraan dan penderitaan yang ditanggung akibat hubungan terlarang ini… Habis lah aku kalau Raja Azmi baca entri ni..mahu dia kata…”Wahai En. KJ, Ko buatlah filem ko sendiri!!”.. hahah..

Bagaimana pemilihan pelakonnya? Aku dengar ramai pelakon2 hebat yang disenaraikan seperti Zizan Nin, Kefli (AF3), Ryzal, Norman Hakim, Tony Eusoff, Fauzi Nawawi dan lain-lain… Owhh kita biasa TERbaca diakhbar (ayat standard pelakon..), jika nak menjiwai sesuatu watak itu, mereka perlu mengkaji watak itu terlebih dahulu…jadi jangan lah terkejut eh jika Melodi terjah ke kelab Gay ternampak kelibat mereka…itulah yang dinamakan.. MENJIWAI WATAK….haha

(kredit: murai.com.my)

p/s: harap x dengar berlakunya cinta lokasi di antara pasangan dalam filem tersebut…seram!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...