Wah…lagi dua minggu nak raya…tapi aku x buat apa2 persiapan lagi…kat rumah aku ni, masih tidak wujud mood raya lagi…mungkin masih awal lagi kot…tapi kalau kita g mana2 shopping complex..pasti lagu raya sudah kedengaran…Bercakap mengenai lagu raya…aku suka semua lagu raya nyanyian Siti Nurhaliza terutamanya lagu NAZAM LEBARAN…dan lagu raya dulu2…tapi lagu raya yg dicipta sekarang ni mcm kurang best la…
Raya tahun ni…aku x ada baju melayu baru…kerana baju raya tahun lepas masih elok lagi…lagi pun baru pakai 6 kali je hahah (aku memang x suka pakai baju melayu…)..so jadi tahun ni, baju melayu aku warna biru lah….Kuih raya plak, mungkin minggu depan emak aku akan start membuat…aku just tolong apa yang termampu je…tolong tengok tu kira tolong jugalah kan hehhe…aku paling suka makan kuih almond London….jadi sape2 yang ada kuih raya ni...ajak2 lah aku dtng rumah ye heheh
ni la baju raya aku hahah
Tahun nie…jika tak ada aral melintang, aku akan beraya di kampong aku…jasin, Melaka selama 4 hari….Makcik2 semua yg ada kat kampung..bersiap sedia la...anak sedara mu ni nak serang...nak duit raya hahah...eh aku layak lg dapat duit raya sebab aku x kahwin lagi hahahha..kepada kawan2 yang berada di Melaka…mailah datang kampong aku…
p/s: tengah memikirkan bagaimana nak tinggalkan hamster 19 ekor kat rumah dalam tempoh 4 hari tu?? Huh pening2!!