nak ikut.....

Tuesday, November 3, 2009

Aku di TAG kembali...

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Nasib baik tanya benda…kalau dia kata orang…susah sikit nak jawab…benda?? Aku rasa broadband kot…aku rasa sehari x buka internet mesti taksah….jadi bos jangan marah saya main tenet masa keje ok hahah

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
byk bnde beli dngn duit sendiri..jadi dia nak the latest…so aku isi minyak motor aku td hahaha

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
erkkk….sudah semestinya kat tmpat yg senang kawan dan sedara mara datang… kalau jauh2….nak buat apa..heheh

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
hubungan apa ini?? Hubungan kekeluargaan…dari aku lahir la sampai sekarang…pliz tnya soklan yg jelas lg terang okay…aku x suka bengkang bengkok..hehe

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
soklan CEPUCEMAS ini…..so jawapan standard artist “NO COMMENT”

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
restoran mamak SYED…kat shah alam…makan satu family celebrate my besday… dah lama x makan satu family

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
buku?? lame giler x beli buku.. tapi teringin beli buku “langkah2 jatuh cinta”… ni pun my fren yang cadangkan…

8. Nama penuh anda?
erk…xperlu tahu la….just call KJ je hahah

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
mmm dua-dua okay…..aku kan anak emak dan ayah….

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
aku ingin jumpa sesiapa yang pernah berada disamping aku tp kini sudah tiada…jika masa itu dapat berputar kembali kan bagus…aku akan cuba membahagiakan mereka semua…

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
ada ramai…xnak lah sebut..nanti ada yang majuk jika x sebut plak…susah nak pujuk nanti heheh

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
bergantung…jika rajin basuh lah sendiri haha…ala just pijak2 pastu bilas dan sidai hhaaha

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
eemm aku terasa nak pergi Mekah satu keluarga la…

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu
nurul hamizah badrul hisham
- rasanya kenal masa kem JKM
- minah ni agak bising n boleh masuk dgn aku..kira satu kepala la
- Dia banyak membantu aku masa dalam JKM kolej
- agak aktif orangnya…
- sekarang dia dok kat blok lelaki hahah (sebenarnya aku x tahu nak letak apa lg 1)

15. 8 perkara yang saya gilai?
movie (skrng dah jadi kaki wayang…adoyai)… tenet (boleh main tenet berjam2).. tidur…jalan2…baju....duit.....kamera....dan last sekali usha2 orang hahahah

16. Pelukan atau ciuman?
Dua2 lah hahahhaa

17. 8 buah buku yang paling baru di baca?
a) FaceBOOK b) Surat khabar c) Katalog Giant
p/s: Menurut kajian, rakyat Malaysia baca 3 buah buku setahun…aku bangga menjadi rakyat Malaysia hehe

18. 8 buah lagu selalu di dengar kebelakangan ini
- izinkan ku pergi
-Bye bye bye
-it’s gonna be me
- taman teman
- negaraku
- pakai buang
- bengang
- Menatap matamu

Ni semua lagu ringtone orang-orang ada kat sekeliling aku hari ni

19. mari main TAG 8 orang lain.
X nak lah aku tag sape2…kalau korang rasa nak buat..korang buat je lah hehehhe

Saturday, October 31, 2009

Hari ini Hari Jadiku....

Ring….sekali lagi hp aku berbunyi (sebenarnya ring tone hp aku lagu N’sync =))….kali ni dah mesej ke berapa ntah…aku lihat jam…menunjukkan jam 12 AM….ish pandai plak hp ni x rosak…selalu waktu lain mesti problem je sejak masuk air….mesti mesej masuk lambat…tapi td berderet2 mesej masuk on time….jadi aku baca la kesemua mesej yang masuk….pelbagai gaya ucapan yang aku terima… kira semua nak jadi yang pertama la tue heheh…tp x bleh lawan la kawan aku sorang ni…dia dah wish aku masa merdeka ari tu….dia ingat aku lahir 31 ogos hahah….tapi hari ni, x plak dia wish aku…siot je…hari ni genaplah usia aku yg ke… Ish mana bleh bg tahu hehe…tapi kini aku melangkah ke fasa hidup baru…ingin membina kerjaya supaya stabil n mengumpul harta dan kahwin…

gambar tahun 2007...

p/s: thanx semua yg dah wish…yg belum wish masih ada masa lagi heheh

p/s:aku biasanya akan tertidur awal kalau esoknya ada tarikh penting seperti tahun baru, hari raya, hari jadi, hari merdeka, hari guru dll..

p/s/s: lepas aku tngok gambar ni..baru aku tahu aku telah memBESAR dengan cepat..

Thursday, October 29, 2009

Pasti ada hikmahnya…

Biasa lah hidup sebagai remaja….pasti tidak boleh lari dari masalah cintan cintun…apabila berlaku sesuatu krisis, perpisahan sering terjadi…di sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari..pasti akan timbul dalam hati, satu perasaan yang seolah-olah tidak boleh terima kenyataan perpisahan itu berlaku…itu lah yang terjadi kepada kawan aku sekarang…aku telah menjadi tempat dia meluahkan segala ceritanya…aku hanya boleh mengatakan bahawa itu semua qada dan qadar ALLAH SWT…tidak lebih dari itu…biasalah, ketika ini emosi dan fikirannya masih tidak stabil….jadi apa yang dikata pasti tidak akan diterima…aku selalu nasihatkan kepadanya…jika pasangannya sudah tidak mahu terimanya lagi…usah la merintih merayu kepadanya….ini semua akan menunjukkan yang dia terlalu terhegeh2 kepada pasangannya sedangkan pasangannya bergembira dengan orang lain….tapi yang aku paling takutkan jika dia berburuk sangka kepada ALLAH SWT…kerana telah memberinya perpisahan itu.. INGATLAH, apa sahaja yang ALLAH SWT jadikan pasti ada hikmahnya…jadikan pengalaman itu sebagai pengajaran agar tidak akan diulangi kesilapan itu lagi…


“Tidak semua perkahwinan yang bahagia itu bermula dengan cinta, tetapi perkahwinan yang bahagia itu adalah yang bermula dengan cinta yang dibina setelah berkahwin”


p/s: Terasa diri ini seperti DR CINTA……
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...