nak ikut.....

Sunday, December 6, 2009

Breakfast dengan Prosperity Burger

Hari ini aku bangun awal….aku memang biasa bangun awal pun…orang-orang tua kata murah rezeki nanti hahaha tapi hari ini terlalu awal aku bangun…sebab semalam aku tidur terlalu awal….sampai kan program SEHATI BERDANSA, KAU & AKU dan program-program TV best yang lain aku tak sempat tengok.. jadi korang boleh agak2 lah pukul berapa aku tidur tu heheheh

Bila dah bangun tu, aku persiapkan diri lah…basuh muka dan segalanya….perut aku pula masa tu mula berkeroncong…aku pun mula mencari makanan dibawah tudung saji dan peti ais….lagak seperti detektif conan melakukan penyiasatan… tetiba mak aku kata ada burger dalam peti ais…adik aku belikan semalam…disebabkan aku tidur, maka disimpan di dalam peti ais….aku pun segera membuka peti ais.. dan aku terjumpa prosperity burger….Nyum!Nyum…jam pada waktu aku makan burger itu menunjukkan 6:10 pagi…..hahahah pagi2 aku dah makan prosperity burger sejuk…Murah betul rezeki aku….

Thursday, December 3, 2009

Aku tidak pernah marah???

Kawan2 aku selalu berkata, mereka tidak pernah pun nampak aku marah.. hanya tersenyum sepanjang hari je…..sampai diorang sangsi dengan aku…aku ni masih waras atau tidak?? Haha…Agaknya diorang nie nak sangat aku marah kat diorang kot….Dulu aku ni agak panas baran….kalau ada yang buat silap sikit je mesti aku nak melenting….tapi sekarang semuanya tak lagi…aku lebih cool…mungkin sebab faktor usia yang semakin meningkat kot….lagi satu, aku slalu berfikir…buat apa nak marah2…benda dah berlaku…. Just bagi nasihat elok2 sudah….Tapi kalau sifat marah aku tu dah sampai hadnya yang maksimum…. Yang tidak mampu aku kawal lagi…aku akan buat dua benda je….pertama, aku akan diam tanpa sepatah pun perkataan keluar dari mulut aku…. termasuklah berdehem..”ehem…ehem”…jadi kalau korang Nampak aku diam je, maka jangan lah gatal2 nak kacau aku…kalau tidak, seperti memberi muka untuk aku tampar je hahahaa… ada ke perumpamaan ni??? Belasah je lah…. Minta maaf ye kepada pejuang2 bahasa kebangsaan seperti ROY hehheh… Keduanya, aku akan tidur….dan selepas aku bangun, biasanya aku akan lupa peristiwa yang membuat aku marah dan aku akan berada dalam keadaan yang lebih tenang…. Tapi korang janganlah bermimpikan pula peristiwa yang membuatkan korang marah tu… lagi haru la bila bangun nanti….Selain itu banyak lagi tip-tip untuk mengawal marah yang boleh aku bagi seperti mengambil wuduk dan mengaji Al-Quran…tapi mesti korang x percaya yang aku lakukan tips itu kan??? hahaah.. Jadi selamat mencuba tips-tips aku ni……

p/s: Aku suka berkawan dengan orang yang banyak bercakap dan sentiasa tersenyum…terasa happy je diri ni…

Wednesday, December 2, 2009

Gedik Mesti Speaking???

Aku dan kawan aku berjalan2 di sebuah shopping complex berhampiran dengan rumah aku…dimana nama shopping complex tersebut terpaksa dirahsiakn (nanti ramai pula jantan2 serbu selepas baca entri ni plak)…Ketika sedang memerhati dan membelek baju2 yang ada di jual di situ….kami terpandang dua orang gadis yang agak seksi dan gedik sikit….agak lawa juga orangnya…sehingga kami merasakan seperti masa berhenti seketika…..seperti dunia ini hanya ada aku, kawan aku dan 2 orang gedik tu je hahaha… kira macam sudah jatuh cinta pandangan pertama lah….kami hanya menunggu dua orang awek itu lalu disebelah kami…dengan sabar memerhatikan gerak langkah mereka…tanpa berkelip mata pun…mereka datang semakin hampir….semakin hampir…dan tetiba kami terdengar mereka berborak dalam loghat utara…..

“Ceh, kalau nak gedik...tolonglah speaking” kata kawan aku…

Aku terpinga-pinga, apa kaitan antara gedik dan speaking??? Mungkin kalau dah gedik, ditambah plak dengan speaking sikit2...akan nampak seperti high class kot……Oh, My Gucci!!!

p/s: Selalu girl akan kata…..I tak gedik, tapi I manja…… Gedik itu manja ke????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...