nak ikut.....

Friday, December 25, 2009

Aku dan Kanak-Kanak..

Aku memang suka sangat kanak-kanak…aku suka melayan keletah mereka…sampai kawan aku kata…aku boleh layan kanak-kanak berjam-jam lamanya…ntah la..sebab bagi aku, melayan kanak-kanak amat mengembirakan hati aku…boleh gak hilang-hilangkan stress selepas bekerja huhuh…jadi aku malas nak citer panjang-panjang (sebab kena komen entri aku sebelum ini panjang2 huhu), korang layan je lah gambar2 dibawah ni huhuh

Tapi yang aku paling rindu adalah kanak-kanak di rumah barkat....


"kanak-kanak umpama bijih benih,ibu bapa umpama tukang kebun"

p/s/s: terasa diri ni dah boleh jadi ayah pula….tapi lambat lg kot huhu
p/s/s: Aku tak faham…kenapa setiap ari aku baca surat khabar je..mesti ada kes kanak-kanak dibunuh…mereka tak tahu apa-apa pun….jadi lindungilah mereka…(terasa diri ini macam duta kanak-kanak plak heheh)

Friday, December 18, 2009

Tahniah Pasukan Malaysia

Akhirnya!! Malaysia menang juga pingat emas acara bola sepak sukan SEA mengalahkan pasukan vietnam 1-0 setelah 20 tahun menunggu...Tahniah diucapkan...Dan selepas ni kalau dapat bonus atau tanah ke janganlah leka dibuai kemewahan....takut nanti prestasi jatuh plak...nie hanyalah pesanan..dari aku dan kawan-kawan....bukan main cakap sebarangan...tapi berdasarkan pengalaman...kami mempunyai satu harapan...melihat pasukan bola sepak Malaysia maju ke hadapan...

Walaupun, gol yang dihasilkan itu adalah hasil jaringan sendiri oleh pemain Vietnam, Mai Xuan Hop pada minit ke-83....tapi bagi aku GOL tetap GOL....Emas tetap Emas...heheheh.

MALAYSIA BOLEH!!!!

Thursday, December 17, 2009

Motorku merajuk lagi…

Hari ini tetiba aku terasa nak balik kerja awal….ada dua sebab…pertama, esok adalah tahun baru jadi ingat malam ni nak prepare pergi surau, kalau rajin lah…kalau tidak ngadap tv1…baca doa akhir dan awal tahun (ni masih dikira lagi baca doa bersama2 imam kay…heheh)… kedua, sebab ada perlawanan bola antara Vietnam dan Malaysia…hehe

Bila aku sudah punch card dan berjalan ke tempat parking motor…aku melihat kedudukan motor aku (atau nama glamournya CIK LALA…..singkatan daripada LAgenda) telah berubah….tidak seperti ketika aku parking bila sampai kerja pagi tadi….sangkaan aku mesti ada orang usik CIK LALA aku ni….aku pun cucuk kunci dan cuba untuk hidupkan CIK LALA aku….tapi kunci aku tersekat… tidak boleh untuk hidupkannya….habis lah!!! CIK LALA sudah meninggalkan aku, bila aku amat memerlukannya…Nasib baik, masih ada lagi dua orang kawan ofis aku, nasuha dan iskandar…. yang cuba mententeramkan aku dan memberi pertolongan cemas pada CIK LALA aku… pelbagai bentuk pertolongan telah cuba disalurkan… dari menggoncang leher CIK LALA sehingga la pernafasan mulut ke mulut (CPR)….namun CIK LALA tidak memberi sebarang respon… aku pasrah dan berserah padaNYA sahaja…

Tetiba, aku melihat nasuha mengeluarkan handphonenya dan menelefon Eifeel, seorang lagi kawan sepejabat aku….Eh, peliknya…”kenapa mesti dia telefon eifeel yang dah gerak balik tu???” tanya aku.. “Eifeel mesti tahu nak setel ni…dia kan kawan dengan mat2 motor” balas nasuha….oww aku sangkakan eifeel ni pandai cilok motor tadi hahah….Sementara menunggu eifeel datang, iskandar terus mencuba menghidupkan CIK LALA aku tu…tapi apa yang aku sedar…no plat CIK LALA aku telah pecah…ish angkara siapa lah pulak ni…dah lah alihkan CiK LALA aku, pastu cederakannya lagi….

Cik LALA aku yg cedera...tanda P ni bukan aku nya...adik aku yang guna dulu2 heheheh

Setelah Iskandar mencuba beberapa kali, akhirnya CiK LALA telah berjaya dihidupkan…kesian kat eifeel terpaksa berpatah balik ke pejabat, tetapi CIK LALA aku dah hidup….tapi apa2 pun thanx kepada Iskandar, nasuha dan eifeel…

p/s: Cik LALA aku ni dah banyak kali merajuk selepas aku terberitahu dia yang aku nak beli cik VIVI (CIk VIVI = Vios hahahah tak adalah xmampu nak pakai kereta mahal2 mungkin hanya Viva, myVI atau savvy je hahahah)

p/s: Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang menang ke atas Vietnam 1-0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...