nak ikut.....

Thursday, December 17, 2009

Motorku merajuk lagi…

Hari ini tetiba aku terasa nak balik kerja awal….ada dua sebab…pertama, esok adalah tahun baru jadi ingat malam ni nak prepare pergi surau, kalau rajin lah…kalau tidak ngadap tv1…baca doa akhir dan awal tahun (ni masih dikira lagi baca doa bersama2 imam kay…heheh)… kedua, sebab ada perlawanan bola antara Vietnam dan Malaysia…hehe

Bila aku sudah punch card dan berjalan ke tempat parking motor…aku melihat kedudukan motor aku (atau nama glamournya CIK LALA…..singkatan daripada LAgenda) telah berubah….tidak seperti ketika aku parking bila sampai kerja pagi tadi….sangkaan aku mesti ada orang usik CIK LALA aku ni….aku pun cucuk kunci dan cuba untuk hidupkan CIK LALA aku….tapi kunci aku tersekat… tidak boleh untuk hidupkannya….habis lah!!! CIK LALA sudah meninggalkan aku, bila aku amat memerlukannya…Nasib baik, masih ada lagi dua orang kawan ofis aku, nasuha dan iskandar…. yang cuba mententeramkan aku dan memberi pertolongan cemas pada CIK LALA aku… pelbagai bentuk pertolongan telah cuba disalurkan… dari menggoncang leher CIK LALA sehingga la pernafasan mulut ke mulut (CPR)….namun CIK LALA tidak memberi sebarang respon… aku pasrah dan berserah padaNYA sahaja…

Tetiba, aku melihat nasuha mengeluarkan handphonenya dan menelefon Eifeel, seorang lagi kawan sepejabat aku….Eh, peliknya…”kenapa mesti dia telefon eifeel yang dah gerak balik tu???” tanya aku.. “Eifeel mesti tahu nak setel ni…dia kan kawan dengan mat2 motor” balas nasuha….oww aku sangkakan eifeel ni pandai cilok motor tadi hahah….Sementara menunggu eifeel datang, iskandar terus mencuba menghidupkan CIK LALA aku tu…tapi apa yang aku sedar…no plat CIK LALA aku telah pecah…ish angkara siapa lah pulak ni…dah lah alihkan CiK LALA aku, pastu cederakannya lagi….

Cik LALA aku yg cedera...tanda P ni bukan aku nya...adik aku yang guna dulu2 heheheh

Setelah Iskandar mencuba beberapa kali, akhirnya CiK LALA telah berjaya dihidupkan…kesian kat eifeel terpaksa berpatah balik ke pejabat, tetapi CIK LALA aku dah hidup….tapi apa2 pun thanx kepada Iskandar, nasuha dan eifeel…

p/s: Cik LALA aku ni dah banyak kali merajuk selepas aku terberitahu dia yang aku nak beli cik VIVI (CIk VIVI = Vios hahahah tak adalah xmampu nak pakai kereta mahal2 mungkin hanya Viva, myVI atau savvy je hahahah)

p/s: Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang menang ke atas Vietnam 1-0

4 comments:

wan said...

tu la...kau selalu mengutuk motor kau tu..
kan dah merajuk

KJ-kun said...

haha.... slalu motor ni mrajuk x kena tmpat..
nasib baik masih boleh jalan lg huhu

Mr.Homosapiensz said...

cik lala yg berjasa....pandai2 le pujuk..bwk2 ler gi spa skali...hehe

udacun said...

moto kene belai jugak KJ..ngeee

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...