Hari ini genap lah 4 hari, sekolah memulakan proses pembelajaran untuk tahun 2010…. Bilangan ibu bapa yang menemani anak-anak mereka yang baru masuk ke darjah 1 semakin berkurangan berbanding pada hari pertama…Aku masih ingat, dulu masa aku hendak masuk ke darjah 1..di sekolah kebangsaan A.U Keramat…aku ditempatkan di kelas 1 kemboja…aku tidak takut mahupun menangis….tapi perasaan yang sebaliknya melanda diri aku….aku teruja untuk menjejakkan kaki ke sekolah….tetapi sekali sekala…aku akan jelling ke arah luar tingkap sekolah…mengharapkan ayah aku masih menunggu di situ heheh…biasalah tetap ada perasaan gementar… walaupun aku sebenarnya telah di didik untuk berdikari sejak aku berumur 5 tahun lagi….
Sejak aku berusia 5 tahun, aku ditinggalkan dirumah bersama-sama dengan kakak aku…kedua ibu bapa aku terpaksa bekerja bagi mencari rezeki kami sekeluarga….rutin harian aku dan kakak aku…pergi ke tadika, balik rumah… kunci pintu…duduk diam-diam dalam rumah sampailah ibu bapa aku balik…
Tetapi, itu semua 17 tahun dulu….kini aku dah meningkat remaja (masih remaja lagi ke?? hehe)… dan dah layak sangat untuk menghantar anak sendiri pula masuk ke darjah 1 heheh…apa-apa pun… aku nak mengucapkan kepada adik-adik aku dan semua kawan-kawan aku yang menjadi cikgu:-
“SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH”