Pagi tadi…aku pergi kerja macam biasa…menunggang motor dari rumah aku ke pejabat… ambil masa dalam 35 minit kalau aku bawa 100km/j lah….aku bawa macam biasa…tidak terlalu laju..tidak juga terlalu perlahan….semasa tngah syok layan perasaan semasa menunggang motor, aku melihat side mirror…aku perhatikan ada sebuah motor laju dari arah belakang aku…makin menghampiri aku… ish lajunya dia bawa, sebab ketika itu aku dah bawa motor dengan laju..lebih kurang dalam 100km/j…. kemudian motor itu memintas motor aku….kelihatan seorang perempuan berbaju kurung menaiki skuter….tak sempatlah pula aku melihat wajahnya….aku terasa tercabar…bila ada girl bawa lebih laju dari aku heheheh….aku pun pulas lah throttle motor aku bagi laju lagi…cuba kejar awek itu… dan aku lihat lampu isyarat di hadapan sudah bertukar warna kuning, jadi boleh lah aku ambil kesempatan untuk melihat wajah girl tue…tapi sayang.. girl itu tidak berhenti di lampu isyarat itu…dia terus memotong lampu isyarat itu….Apa?? girl itu bawa motor lebih ganas dari aku??....oww tetiba aku terasa esok nak pakai baju kurung saja hahahah
p/s: Aku menganggap yang menunggang motor skuter itu bukan gurl….tetapi lelaki yang berpakaian wanita hehehe