nak ikut.....

Tuesday, October 19, 2010

Rindu aku tak???

Korang rindu aku tak???....kalau tak rindu, tak yah lah jujur sangat cakap eh hahaha…..Wah pecah rekod….first time sejak berblog ni…ini lah pertama kali aku senyap dari dunia blog dengan agak lama….ingat siti je bleh berehat dari dunia nyanyian?? Aku pun nak berehat gak…(tetiba perasan diri ni diva hahaha)…..4 bulan tanpa entri baru!! Habis bersawang blog aku ni….kena ambil masa untuk kemas balik ni…jari jemari aku ni pun dah gatal sebab dah lama tak menaip…bukan sebab lain ok!!!... Kemana aku menghilang??? Aku pergi bertapa jap kat gua hahahaha….tak lah…sebenarnya mood malas telah menghantui aku…..dan sempena bulan oktober ni, bulan hari jadi aku….(saja mention utk korang bg hadiah)….aku telah tanam azam baru….tiada lagi KJ yang lama…..KJ baru yg akan muncul hahaha (tetiba berasa sungguh semangat ketika ini….)

Sebenarnya bukan saja aku menyepi daripada dunia blog, aku juga menyepi dari dunia facebook….masa ni lah aku dapat mengenali mana satu kawan sejati hahaha…..Kenapa?? mesti korang pelik kan?? Yela.. jika kawan-kawan aku tak dapat menghubungi aku melalui blog dan facebook…. Maka dia akan contact aku melalui phone dan surat menyurat….di sinilah kesanggupan mereka untuk keluarkan duit membeli prepaid and setem haaha…. Thanx yang contact aku….heheeh

Sebenarnya aku pun tak sangka, dapat menyepikan diri dari dunia blog (4bulan) dan fb (1 bulan) haha.. maka bagi mengisi masa lapang aku tu yang selalu aku habiskan untuk blog ngan fb…aku pergi melayan anak dara orang…..inilah anak dara orang yang aku layan…..



p/s: puasnya aku dapat menaip balik….

Friday, June 18, 2010

Akibat Demam Bola….

Kita pergi je ke mana-mana sekarang, pasti topik yang hangat diperkatakan ialah tentang BOLA… Sana Bola, Sini Bola, Makan Bola, Tidur Bola, Minum Bola….Segalanya Bola lah…Termasuk lah iklan di TV, semuanya mesti di kaitkan dengan Bola (aku tergelak bila tngok iklan di ASTRO, pelakon2 CSI main bola..)

Begitu jugalah yang terjadi dengan seorang warga emas, Idris Mahat yang telah di dakwa memilik dadah seberat 16.92 gram dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun. Ini bukanlah kali pertama, dia dimasukkan dalam penjara…tapi telah berkali-kali….Jadi disebabkan demam piala dunia melanda , dan dia mungkin tidak berpeluang menonton siaran langsung mahupun siaran ulangan piala dunia di penjara. Maka dia membuat pose sepak bola kepada wartawan yang menangkap gambarnya….hahah

macam Gonzalo Higuain tak???

p/s: Best ke masuk penjara??? Sebab pakcik ni tak serik2 keluar masuk penjara…

Tuesday, June 15, 2010

Aku Menunggu Jandamu…

Kepada kaum lelaki diluar sana, jika anda pernah terfikir atau terlintas difikiran untuk berkahwin dengan janda, silalah berhati-hati dengan bekas suami si janda itu….supaya perkara ini tidak berlaku lagi..

Alkisahnya berbunyi (terasa diri ini macam penglipurlara plak hahaha)…Di sebuah negeri yang bernama Kuala Terengganu….Akibat cemburu telah menguasai diri, seorang lelaki telah membawa kaum kerabatnya seramai 17 orang…pergi berjumpa bekas isterinya….bukan lah untuk meminang kali kedua tetapi untuk menyerang suami baru kepada bekas isterinya itu…. Haha kelakarnya, apa hak lelaki tu nak serang suami bekas isterinya??

Aku tak tahu lah apa motif lelaki itu menyerang, korang rasa apa sebab yang releven eh?? Yang terlintas difikiran aku ialah:-

a) Mungkin lelaki itu masih lagi mencintai bekas isterinya…

b) Atau mungkin juga, jeles sebab bekas isterinya terlebih dahulu berkahwin kembali dari dirinya dan hidup dengan gembiranya…

c) Bekas isterinya kahwin kembali tanpa memberitahu dan menjemputnya datang kenduri.. hahah

oww aku sedang skodeng janda sebelah rumah ini

Pesanan Khidmat Masyarakat: Jaga lah isteri anda elok-elok, kerana wanita bukanlah hakmilik..tapi anugerah!!=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...