nak ikut.....

Wednesday, March 9, 2011

Kenapa rumah ini mahal??

Seorang jurutera awam berbangsa Poland, Andrew Holeshowski mahu menjual sebuah rumah agamnya pada harga RM 98.18 JUTA….Beliau membeli rumah itu pada tahun 1993 dengan harga RM 2.45 JUTA

Kenapa harga rumah ini terlalu mahal??

Sebenarnya, beliau bersama isterinya telah membelanjakan berjuta-juta pound sterling untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menaikkan harga rumah itu.

Rumah itu mahal kerana:-
a)Rumah agam itu berkeluasan 2,694 meter persegi
b)Mempunyai 9 bilik tidur
c)2 kolam renang
d)Garaj untuk 20 buah kereta
e)Panggung wayang
f)Landasan untuk helikopter
g)DAN yang paling penting penghuni rumah itu akan dapat melihat rumah pemain skuad bola sepak England, John Terry yang tinggal berhampiran. Kira berjiran dengan John Terry la…

p/s: Aku tengok rumah-rumah dalam rancangan ASTANA (Astro) pun aku dah terkesima….Inikan rumah agam RM 98.18 JUTA…

Tuesday, March 8, 2011

Jom teka usia nenek paling muda di dunia…

Boleh di buat soalan peperiksaan untuk subjek matematik ni hehehe…

Di sebuah kawasan di Bucharest……Nenek paling muda di dunia, Rifca Stanescu…mempunyai dua orang anak, Maria dan Nicole…Perbezaan usia kedua-dua anaknya hanyalah satu tahun

Dia membesarkan anak sejak berusia 12 tahun… Dia berkahwin dengan penjual barang kemas, Ionel Stanescu ketika dia baru berusia 11 tahun…manakala lelaki itu berusia 2 tahun tua daripadanya.. Perkahwinannya dilangsungkan kerana bapanya mahu menjodohkannya dengan seorang pemuda lain yang tinggal di kampong berbeza…Walaupun berkahwin tanpa restu, ibu bapanya telah memaafkan perbuatannya apabila dia melahirkan Maria.

Manakala, anak sulung Rifca, Maria telah melahirkan zuriat pertamanya yang diberi nama Ion ketika baru berusia 11 tahun…Maria telah berhenti sekolah dan berkahwin pada usia 10 tahun…walaupun Rifca telah cuba memujuk maria supaya meneruskan pembelajaran sehingga dewasa daripada berkahwin.. Namun usahanya gagal…”Emak borek anak rintik” heheh

Kini Ion telah berusia dua tahun dan dia tetap mendapat kasih sayang daripada Rifca…

Soalan UPSR :-

a)Berapakah usia Rifca ketika beliau menjadi nenek sehingga berjaya mendapat gelaran nenek paling muda di dunia???
b) Berapakah usia adik Maria, Nicole sekarang??

c)Apakah jantina anak Maria yang juga merangkap sebagai cucu kepada Rifca???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...