nak ikut.....

Tuesday, December 20, 2011

Wahai Si Ulser, Kenapa jeles??

Arghhhh!!! Tertekan aku….

Ulser muncul kembali….

Alkisahnya, Jumaat lepas tempat kerja aku menganjurkan program “Team Building” untuk kesemua pekerjanya di Hotel Crystal Crown, Johor Baharu…Program itu dianjurkan selama 3 hari iaitu dari hari jumaat hingga hari Ahad…. Aku sangat gembira!!! Dapat duduk hotel dan makan makanan hotel lagi…Yeaahhhhh… Kebiasaannya, selepas aku pulang daripada kursus atau program di hotel, pasti berat aku akan naik hahahah

Malam sebelum bertolak ke hotel itu, aku mula rasa lain macam dalam mulut aku…. Rasa sukar untuk menelan air liur dan makanan…. Ni mesti ulser tumbuh!!! Keesokannya, semakin rasa sakit…. Jadi aku tidak dapat menikmati makanan hotel dengan selesa….aku hanya memilih makanan yang lembut sahaja… sangat rugi!!! Begitu juga dengan hari kedua dan ketiga, aku masih kena makan makanan lembut… tapi hari ketiga, ulser itu semakin beransur baik… tapi tetap sukar untuk menelan makanan…

Apabila sudah balik ke rumah, dan keesokan harinya…ulser itu sudah baik…Kawan aku kata, untuk bagi ulser itu baik atau mengelak daripada terkena ulser, kita kena kerap minum air masak… dan hari ini aku terasa lain dalam mulut aku…terasa sakit ketika menelan air liur…. janganlah ulser muncul balik….kerana khamis ini aku ada jamuan tahunan untuk tempat kerja aku…. Aku hendak makan puas-puas heheheh… Ni kena minum air masak banyak-banyak ni!!!!

Saturday, December 10, 2011

Borang bantuan RM 500…

Tadi aku singgah sebentar di sebuah warong…

Saja menghilangkan lelah dan ambil kesempatan itu untuk mengenali orang kampong…

Maklum lah aku baru saja duduk disini….kena lah mesra alam sikit heheh…

Sedang leka menghirup air yang terhidang…

Aku perhatikan…seorang lelaki cina yang agak berusia memasuki warong itu…

Sambil membawa beberapa helai kertas…..

Dia edarkan kertas itu kepada beberapa orang kampong yang ada di warong itu….

Semua dia bagi…bukan hanya untuk orang cina saja….melayu….cina….india semua dapat

Aku tersenyum melihat gelagat mereka….hidup bersatu padu tanpa prasangka….

Aku saja menjeling pada kertas yang di edarkan…

Oh…borang bantuan Rm 500 tu....baru mula di edar hari ini….

Tetiba aku tengok, semua yang ada di warong itu mula bergegas balik….

Aku tegur salah seorang pakcik…

“Hendak ke mana tu pakcik??”

“Hendak isi borang ini…nanti dapat RM 500”, balasnya….

Walaupun bagi sesetengah orang RM 500 tidak besar nilainya….tetapi ramai lagi yang amat memerlukannya…

Aku bersyukur!!!

p/s: Wahai YB….cuba lah sesekali turun padang ke kawasan anda…melihat kehidupan rakyat tanpa membawa rombongan dan memberitahu sesiapa akan kedatangan anda… anda pasti akan jumpa banyak masalah rakyat…kalau anda turun dengan rombongan yang ramai dan sudah ada orang yang tahu kedatangan anda…pasti kawasan itu sudah terlebih dahulu di turun dan di bersihkan….lepas anda balik, pasti kawasan itu terbiar....sudah biasa tengok!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...