Jam 7.00 pagi. Hari Sabtu. Hari aku bercuti.
Walaupun hari ini, hari aku bercuti, tapi banyak kerja rumah yang aku perlu buat..Maklumlah tinggal seorang diri…Hidup membujang..
Selepas solat subuh, aku terus bangun dan membasuh baju… Ketika hendak menyidai pakaian aku di ampaian luar rumah…aku perhatikan makcik aku, yang tinggal di rumah hadapan sedang menyapu halaman rumahnya…
“Selamat pagi makteh”, tegur aku sambil menyeret baldi yang berat di penuhi baju seminggu yang aku basuh..
“Selamat pagi, angah! Awal bangun hari ini??”, balas makcik aku
“Memang selalu bangun awal….nanti murah rezeki…Makteh, masak apa untuk sarapan pagi ini???”, balas aku.. Aku Nampak je macam tinggal berasing dengan makcik aku..tapi makan minum aku semua kat rumah makcik aku..HAHAHA… Biasalah, kalau duduk seorang, tidak berbaloi masak…
“Ada bihun goreng…datang lah makan nanti”, teriak mak cik aku…Memang murah rezeki aku pagi-pagi ni HEHEH
“Makteh sapu halaman rumah tu janganlah asyik pegang tiang rumah itu”, jerit aku saja menyakat makcik aku..
“Kenapa?? Ada semut api ke??”
“Tak adalah, tak manis orang kampong tengok makteh asyik main tiang tu…silap-silap hari bulan nanti boleh kena tangkap dengan jabatan agama nanti”
“Eh yeke boleh kena tangkap?? Kenapa??”, Mak cik aku terus melepaskan tangannya dari tiang itu… Aku hanya tergelak melihat gelagat makcik aku tu.
“Yela…Nanti orang ingat makcik penari tiang pula”, Aku terus tergelak besar..
Makcik aku angkat penyapunya ke arah aku…Aku cepat-cepat menyidai baju aku yang terakhir dan berlari ke dalam rumah…Haha… Tapi, adakah aku akan dapat bersarapan bihun goreng dengan aman di rumah makcik aku nanti??? =P