nak ikut.....

Saturday, January 7, 2012

Aku lah Aaron Aziz!!!

Selepas mandi, aku tengok cermin….aku perhatikan rambut aku sambil menyikatnya dengan jari.. Pakai jari pun boleh!!! heheh

“Oh rambut aku sudah panjang…mesti kena gunting ni..”, bisik hati aku

Aku pun menyiapkan diri dengan mengenakan t-shirt dan seluar yang aku pinjam dari jin iaitu seluar jeans heheh. Aku ambil kunci kereta dan terus gerak ke kedai gunting rambut yang biasa aku pergi di Melaka ini…. Tak de lah potong rambut sampai pergi ke salon…aku ni bukan artis…hanya pegawai kerajaan yang menurut perintah saja heheh

Sesudah sampai di kedai gunting rambut, aku menunggu giliran aku…..ramai pula orang hari ini… Aku saja je taknak pergi gunting rambut minggu lepas,sebab penggal sekolah baru hendak buka…mesti ramai budak sekolah hendak gunting rambut pada waktu itu… Rupanya hari ini pun sama je ramai….mungkin hendak gunting rambut untuk raya cina kot hehehhe…

Setelah lama aku menunggu,sampai lah giliran aku…

“Ye bang, hendak potong macam mana??”,tanya tukang gunting rambut itu

“Potong bagi pendek eh”, balas aku

“Memang lah kalau potong dia jadi pendek…tapi abang nak style macam mana??”. Aku terkena pula dengan budak gunting rambut tu..

“Potong rambut saya macam dalam gambar itu”, kata aku sambil menunjuk ke arah poster Aaron Aziz yang tertampal di dalam kedai itu

“Ok bang!!”

p/s: tak sabar hendak pergi kerja hari isnin ni….mesti ramai awek akan berombak rindu dengan aku nanti HAHHA

Mak cik aku seorang penari tiang??

Jam 7.00 pagi. Hari Sabtu. Hari aku bercuti.

Walaupun hari ini, hari aku bercuti, tapi banyak kerja rumah yang aku perlu buat..Maklumlah tinggal seorang diri…Hidup membujang..

Selepas solat subuh, aku terus bangun dan membasuh baju… Ketika hendak menyidai pakaian aku di ampaian luar rumah…aku perhatikan makcik aku, yang tinggal di rumah hadapan sedang menyapu halaman rumahnya…

“Selamat pagi makteh”, tegur aku sambil menyeret baldi yang berat di penuhi baju seminggu yang aku basuh..

“Selamat pagi, angah! Awal bangun hari ini??”, balas makcik aku

“Memang selalu bangun awal….nanti murah rezeki…Makteh, masak apa untuk sarapan pagi ini???”, balas aku.. Aku Nampak je macam tinggal berasing dengan makcik aku..tapi makan minum aku semua kat rumah makcik aku..HAHAHA… Biasalah, kalau duduk seorang, tidak berbaloi masak…

“Ada bihun goreng…datang lah makan nanti”, teriak mak cik aku…Memang murah rezeki aku pagi-pagi ni HEHEH

“Makteh sapu halaman rumah tu janganlah asyik pegang tiang rumah itu”, jerit aku saja menyakat makcik aku..

“Kenapa?? Ada semut api ke??”

“Tak adalah, tak manis orang kampong tengok makteh asyik main tiang tu…silap-silap hari bulan nanti boleh kena tangkap dengan jabatan agama nanti”

“Eh yeke boleh kena tangkap?? Kenapa??”, Mak cik aku terus melepaskan tangannya dari tiang itu… Aku hanya tergelak melihat gelagat makcik aku tu.

“Yela…Nanti orang ingat makcik penari tiang pula”, Aku terus tergelak besar..

Makcik aku angkat penyapunya ke arah aku…Aku cepat-cepat menyidai baju aku yang terakhir dan berlari ke dalam rumah…Haha… Tapi, adakah aku akan dapat bersarapan bihun goreng dengan aman di rumah makcik aku nanti??? =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...