nak ikut.....

Friday, February 17, 2012

Pedas kah lada itu??

Satu kajian saintifik yang dijalankan baru-baru ini oleh Institut Chile Pepper di New Mexico State University (NMSU) mendapati, Trinidad Moruga Scorpion merupakan lada paling pedas di dunia ini. Kajian itu turut dijalankan terhadap beberapa jenis baka lada yang dikatakan mempunyai reputasi paling pedas di dunia termasuk Trinidad Scorpion, 7-pot, Chocolate 7-pot dan Bhut Jolokia. Bhut Jolokia merupakan pemegang rekod dunia sebelum ini yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2007. Lada Trinidad Moruga Scorpion mencatat jumlah keputusan tertinggi dengan memperoleh lebih 1.2 juta Unit Haba Scoville (SHU) dan lada Chocolate 7-pot pula merekodkan hampir 1.17 juta SHU. Lada 7-pot berada pada tempat ketiga dengan memperoleh lebih 1.06 juta SHU manakala Trinidad Scorpion dan Bhut Joloki masing-masing mencatat 1.03 juta SHU dan 1.02 juta SHU.

DAN Aku masih juga ingat lagi, masa aku kecil-kecil dahulu…emak aku selalu ugut untuk mencilikan mulut aku dengan cili padi kalau nakal… rupa-rupanya, cili padi tidak lah sepedas mana pun HEHEHE

p/s(i): Ada ke masakan di dunia ini guna lada paling pedas tu??

p/s(ii): Sepedas mana pun lada di dunia ini, tidak boleh melawan sepedas kata-kata…Jadi berhati-hati lah apabila hendak berkata-kata terutamanya terhadap kedua orang tua kita.

Thursday, February 16, 2012

Anda sanggup pulangkan??

Itu bukan anda punya!!!

Jadi anda tidak berhak memilikinya!!!

Pulangkanlah!!!

Adakah anda sanggup untuk memulangkan sesuatu yang bukan anda punya terutamanya benda itu mempunyai nilai seperti emas dan wang??Tentunya tidak kan!!!

Aku tabik spring…Toink! Toink! Pada pasangan suami isteri dari Kampung Awat-Awat Lawas, Sarawak kerana mereka jujur dengan memulangkan lebihan Rm 500 wang bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M). Aku yakin kebanyakan orang akan mendiamkan diri saja jika mendapat duit lebih, tetapi kalau dapat duit kurang akan bising melenting…betul tak? Aku pun rasa diri aku macam itu…. Yelah, aku lihat ramai yang tiba-tiba mengaku pendapatan kurang Rm 3000, mengaku ada tangungan walaupun tinggal seorang diri dan macam-macam lagi asalkan permohonan mereka lulus… Cuba contohi pasangan suami isteri itu, mereka berpendapat jika mereka memulangkan lebihan wang itu…ada individu lain akan turut sama menikmati bantuan berkenaan. Jadi kalau mereka ambil wang itu, mereka sebenarnya telah mengambil hak orang lain…Aku tengah cuba untuk menjadi jujur seperti pasangan itu, walaupun sebenarnya benda yang jujur itu pahit!!!

p/s(i): Biarlah miskin di dunia, asalkan kaya di akhirat…

p/s(ii): Pernah terfikir untuk mengajak adik aku untuk tinggal bersama dengan aku…dan mohon bantuan itu…yela, orang kata kalau dapat, itu rezeki….bila sudah dapat bantuan tu, hantar lah adik aku pulang ke rumah ayah aku hehe…..tapi itu sebenarnya salah, okay!!!

p/s(iii): Kadang-kadang kelakar juga bila aku dengar ada orang kata kalau dapat duit haram, jangan lah buat makan…buat lah beli barangan seperti pakaian…duit untuk makan gunalah dari sumber yang halal, jadi nanti tidak adalah duit haram menjadi darah daging kita…. Kalau dah haram, tetap haram!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...