Masa bulan puasa hari itu, aku pergi ke kedai kasut… Bukan
untuk membeli kasut raya, tetapi kasut sukan…. Kasut sukan aku sudah koyak…
Lepas raya ini, aku hendak aktif kembali bersukan…. Berat badan pun sudah
semakin naik ni hehehe
Aku pun membelek beberapa jenis kasut sukan di kedai itu…
dan aku tertarik dengan satu kasut sukan ni… tetapi ada dua jenis warna….kelabu
dan merah…sudah tentu aku memilih warna merah… tetapi yang aku perasan…walaupun
corak dan rekabentuknya sama…tetapi harganya berbeza antara satu sama lain…bukan
sedikit…dekat nak RM 30 juga berbeza….aku pun memanggil tukang jual di situ….
“Aunty, kenapa dua kasut ni berbeza harga??”
“Sebab warna dia la”
“oww”
Last-last…kedua-dua kasut sukan itu, aku tidak jadi beli
kerana tiada saiz aku… itulah ruginya orang yang berkaki panjang ni heheh
Baru aku tahu, kenapa kawan aku selalu tegur aku…
“Kj, jangan selalu berjemur…nanti gelap”
Sebab rupanya dia tak nak aku “berubah warna”, nanti kurang
nilainya hahahah